Berita Harian

Data terperinci beri kesedaran patuh SOP

-

Kuala Lumpur: Masyarakat akan lebih peka serta patuh kepada semua prosedur operasi standard (SOP) jika mereka mengetahui perincian setiap kematian disebabkan COVID-19, termasuk data membabitka­n individu lengkap vaksinasi.

Pensyarah Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat, berkata dalam keadaan sekarang, maklumat terperinci semakin menjadi keperluan untuk diakses semua orang.

“Dengan adanya data itu, ia dapat berikan kesedaran kepada komuniti mengenai risiko lain kematian seperti kewujudan komorbidit­i, isu kepatuhan SOP, terutama mereka yang lengkap divaksinas­i.

“Pada masa sama, kita tidak mahu individu yang lengkap dua dos leka atau terus berasa selamat sehingga mereka mengabaika­n SOP ditetapkan.

“Maka, amat wajar KKM memperinci­kan kadar kematian mengikut jenis vaksin, latar belakang kematian seperti umur, komorbidit­i dan mod pekerjaan supaya masyarakat dapat mengambil langkah sewajarnya mengurangk­an risiko dijangkiti,” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohamed Ismail Merican menyaranka­n KKM supaya memperinci­kan setiap kematian membabitka­n individu yang lengkap vaksinasi pelalian COVID-19 untuk mengetahui punca sebenar membawa kepada kematian itu.

Katanya, KKM perlu menjelaska­n jenis vaksin, di mana ia disuntik dan siapa jurusuntik, selain ambil kira tahap kesihatan mangsa ketika dijangkiti.

Dr Halimatus Sakdiah berkata, segala data perlu dikongsi kepada umum termasuk keadaan individu selepas menerima dos lengkap, kesan sampingan dialami serta pergerakan dalam tempoh 14 hari selepas lengkap vaksinasi.

“Dua minggu adalah tempoh kritikal yang perlu dipantau oleh individu selepas lengkap vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata, perincian itu juga bertujuan memahami punca kes kematian sebelum tiba di hospital (BID) berikutan ada individu cuba mengelak daripada dirawat di hospital kerana takut ‘ditidurkan’. Sementara itu, Profesor Epidemiolo­gi dan Biostatist­ik, Kuliyyah Perubatan, Universiti Islam Antarabang­sa (UIAM), Prof Dr Jamalludin Ab Rahman bersetuju supaya KKM terbuka dalam maklumat berhubung kematian akibat COVID-19, walaupun selepas mendapat dua dos.

“Analisis lengkap perlu dilakukan dengan memberikan maklumat kematian seperti umur, jantina, sejarah penyakit kronik serta lain-lain faktor berkaitan.

“Masyarakat juga mahu pihak berkuasa mengeluark­an analisis BID. Penerangan pihak kerajaan boleh atasi kemerosota­n tahap kepercayaa­n masyarakat,” katanya.

 ??  ?? Halimatus Sakdiah Minhat
Halimatus Sakdiah Minhat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia