Berita Harian

Jualan amal RM12 seekor ayam dapat sambutan

-

Jasin: Harga ayam segar yang meningkat secara mendadak di Melaka sejak minggu lalu, tidak menghalang Jawatankua­sa Masjid A-rahman Kampung Pulai dekat Serkam di sini, untuk menjual bahan mentah itu pada harga murah.

Dijual pada harga purata RM12 seekor dengan berat di antara 1.5 hingga 1.8 kilogram, inisiatif dilaksanak­an jawatankua­sa masjid menerusi program jualan amal Pasar Sunday itu mendapat sambutan ramai.

Pelanggan yang datang bukan saja dalam kalangan penduduk Kampung Pulai dan sekitarnya, malah peniaga dari Bandaraya Melaka serta Jasin turut mengambil peluang merebut tawaran murah berkenaan.

Tidak sampai satu jam, kira-kira 1,000 ayam segar dijual di pekarangan Masjid Jamek Ar-rahman itu habis, malah ada yang mula membuat tempahan awal untuk mendapatka­n bekalan terbabit pada program yang diadakan setiap Ahad itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Masjid Jamek Ar-rahman Kampung Pulai, Rizal Ramli, berkata pihaknya berusaha menjual barang keperluan harian pada harga paling minimum, bergantung kepada harga pembelian yang ditawarkan pembekal.

Katanya, pada kebiasaan, pem- bekal menawarkan harga murah berdasarka­n situasi harga pasaran semasa, namun pihaknya tetap berusaha mendapatka­n bekalan berkenaan pada harga paling murah sebelum dijual kepada penduduk kampung.

“Kebiasaann­ya, barang yang kami peroleh dengan harga murah akan dijual dengan harga rendah dan sudah pasti sangat berbeza dengan harga pasaran semasa.

“Langkah ini bagi memastikan penduduk tidak terbeban kenaikan mendadak harga barangan keperluan harian seperti ayam yang pada ketika ini sangat mahal, sekali gus membebanka­n pengguna,” katanya ketika ditemui di Pasar Sunday, semalam.

Beliau berkata, keuntungan hasil jualan barangan keperluan harian itu dimasukkan ke dalam tabung Masjid Jamek Ar-rahman bagi membolehka­n aktiviti keagamaan dan kemasyarak­atan dilaksanak­an dengan sempurna.

Turut dijual di Pasar Sunday itu ialah telur ayam Gred C yang dijual pada harga RM9 sepapan, berbanding RM11 sepapan di pasaran.

Pasar Sunday dianjurkan Jawatankua­sa Masjid Jamek Ar-rahman Kampung Pulai sejak beberapa bulan lalu dengan menjual barang keperluan harian pada harga sangat berpatutan.

Minggu lalu, harga ayam segar di pasar basah negeri ini naik mendadak sehingga RM10 sekilogram, hingga membimbang­kan peniaga serta pengguna.

Keadaan itu membebanka­n pengguna yang terkejut harga tinggi itu berlaku secara tiba-tiba, berbanding minggu sebelumnya yang mana ayam segar hanya dijual sekitar RM5.90 hingga RM6.80 sekilogram.

 ?? (Foto Amir Mamat/bh) ?? Ahli Jawatankua­sa Masjid Jamek Ar-rahman menjual ayam segar di Pasar Sunday Kampung Pulai, Jasin, semalam.
(Foto Amir Mamat/bh) Ahli Jawatankua­sa Masjid Jamek Ar-rahman menjual ayam segar di Pasar Sunday Kampung Pulai, Jasin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia