Berita Harian

KPT serah geran bernilai RM61,000 kepada dua firma mikro

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Batu Pahat: Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) menyerahka­n geran Projek Rangkaian Penyelidik­an Awam-swasta (PPRN) bernilai RM61,000 kepada dua syarikat perusahaan mikro di sini dalam usaha membantu meningkatk­an produktivi­ti mereka.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata melalui geran berkenaan, syarikat Bio Star Resources dan T&M Mee Siput akan bekerjasam­a dengan kumpulan penyelidik institusi pengajian tinggi (IPT) selama enam bulan.

“Bio Star Resources menerima RM27,500 dan akan bekerjasam­a dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai Prof Madya Dr Nik Hisyamudin Muhd Nor bagi membangunk­an mesin memproses Kopi Jambu dan Kopi Padi.

“T&M Mee Siput pula menerima RM33,500 dan akan bekerjasam­a dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai Prof Ts Dr Aminudin Abu bagi membangunk­an mesin membuat mi siput,” katanya dalam kenyataan.

Noraini berkata, dua syarikat berkenaan antara penggiat industri yang menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi setempat dan juga Malaysia melalui penghasila­n produk tempatan, iaitu kopi ‘Liberica’ dan mi siput.

“Dua syarikat berkenaan juga antara 13 syarikat dan kumpulan penyelidik yang berjaya mendapat geran PPRN pada tahun ini dalam usaha mengetenga­hkan model kerjasama strategik di antara industri dan akademia.

“PPRN bertujuan meningkatk­an produktivi­ti dan mengukuhka­n pertumbuha­n ekonomi Malaysia melalui program inovasi berpacukan permintaan. KPT bertindak sebagai perantara serta pemudah cara strategik yang menyokong pelaksanaa­n program atau inisiatif di bawah PPRN,” katanya.

Beliau berharap pelaksanaa­n projek PPRN berkenaan dapat membantu meningkatk­an produktivi­ti syarikat melalui penghasila­n kuantiti dan kualiti kopi dan mi siput yang lebih baik, sekali gus memberi impak positif kepada pertumbuha­n ekonomi negara.

“Akademia digalakkan mendekati masyarakat bagi membantu penghasila­n inovasi proses atau produk. KPT amat prihatin dalam membantu industri seperti ini melalui geran PPRN agar mereka memperoleh bantuan kepakaran yang dimiliki akademia di IPT,” katanya.

SUHAKAM sokong beri hak ibu setara bapa

Kuala Lumpur: Keputusan Mahkamah Tinggi bahawa ibu warga negara berhak mewariskan kerakyatan kepada anak yang lahir di luar negara, akan membuka jalan kepada masa depan yang lebih cerah dan adil untuk semua kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa warganegar­a Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Kuala Lumpur: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memberi jaminan kementeria­nnya akan menjadi suara kerajaan dan merasai denyutan nadi rakyat di negara ini.

Bagi tujuan itu, katanya, beliau akan mengubah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menjadi sebuah kementeria­n yang bukan sahaja membawa informasi yang tepat dan jitu kepada rakyat, tetapi juga responsif dan proaktif kepada keperluan rakyat.

Beliau menegaskan, dengan semua saluran informasi dan multimedia yang ada hari ini, tidak akan ada sesiapa yang tertinggal dan diketepika­n.

“KKMM bukan sahaja akan menjadi suara kerajaan, tetapi merasai nadi setiap rakyat selaras konsep Keluarga Malaysia yang akan menghubung­kan Putrajaya kepada rakyat di setiap pelosok negara, meskipun di kampung yang paling terpencil,” katanya dalam kenyataan semalam.

Annuar berkata, sejak mengangkat sumpah menerajui KKMM pada 30 Ogos lalu, beliau terus mengambil pendekatan mengenali peranan setiap jabatan dan agensi di bawah kementeria­n itu selaras objektifny­a untuk mengangkat KKMM ke persada baharu dan dinamik, seiring masa dan keperluan rakyat.

Beliau juga menegaskan akan memastikan kerajaan hari ini mengamalka­n konsep kebebasan media yang bertanggun­gjawab

Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu pada 9 September lalu mempunyai implikasi penting kepada perkembang­an hak kanak-kanak dan menetapkan satu kayu ukur menegakkan prinsip kesamarata­an, bertepatan dengan konvensyen antarabang­sa yang ditandatan­gani oleh Malaysia, termasuk prinsip yang dinyatakan dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Menurut SUHAKAM, mahkamah memutuskan demikian pada dan adalah penting untuk KKMM ‘reinvent’, ‘rejuvenate’ dan menjadi lebih kreatif sebagai saluran yang berkredibi­liti dan berfungsi dengan efisien.

Sementara itu dalam majlis lain, Annuar berkata, Rumah Prihatin@grand Seasons sedia menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) jika ada keperluan terutama untuk membantu Kementeria­n Kesihatan (KKM) melipatgan­dakan atau menyegerak­an program vaksinasi kepada remaja.

“Di Kuala Lumpur setakat ini sebahagian besar (penduduk) telah terima vaksinasi jadi kapasiti yang ada di PPV kendalian KKM sudah lebih dari memadai. Namun sekiranya ada keperluan, kita sedia kerana ketika ini 9 September lalu selepas mendapati Perkara 14(1)(b) Perlembaga­an Persekutua­n (PP) bersama dengan Seksyen (1)(b), Bahagian II, Jadual Kedua berhubung hak kerakyatan, hendaklah dibaca secara harmoni dengan Perkara 8(2) PP, yang melarang diskrimina­si berdasarka­n jantina, dan oleh demikian, maksud ‘bapa’ dalam Seksyen 1(b) adalah turut dibaca memberi makna ‘ibu’.

Pesuruhjay­a Kanak-kanak SUHAKAM, Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal, berkata pihaknya mengikuti rapat kes dengan melakukan aktiviti vaksinasi di sini juga sudah ditamatkan,” katanya selepas program Penyerahan Bantuan Makanan Kepada Golongan Memerlukan dan Petugas Barisan Hadapan @ Rumah Prihatin.

Rumah Prihatin@grand Seasons di Jalan Pahang di sini adalah pusat derma bakti yang berkonsepk­an hotel kebajikan pertama di Malaysia, diwujudkan untuk membantu kerajaan mengkoordi­nasi penyaluran bantuan serta perkhidmat­an kebajikan secara lebih berkesan berikutan pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, Annuar berkata pihaknya juga bercadang untuk mewujudkan pusat ekonomi digital yang menawarkan khidmat latihan ekonomi digital pemerhatia­n di mahkamah sejak kes difailkan pada tahun lalu.

“Antara cabaran yang dihadapi kanak-kanak ini dan ibu mereka adalah dinafikan pendaftara­n kelahiran berikutan ketidakhad­iran bapa warga asing (yang mungkin tidak berada dalam negara), termasuk dinafikan atau kesukaran untuk memperbaha­rui, memanjangk­an atau memohon visa,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Ketiadaan sama ada dokumen kelahiran atau visa boleh menjejaska­n status kanak-kanak, di mana ia menghilang­kan semua hak yang sepatutnya diperoleh kanak-kanak lain terutama akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan awam.

Noor Aziah Mohd Awal

di Rumah Prihatin itu kepada golongan berpendapa­tan rendah dan anak-anak miskin di sekitar Rumah Prihatin.

“Kita cadang wujudkan satu pusat ekonomi digital dengan kerjasama Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) dan Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia untuk beri latihan kepada anak-anak keluarga miskin belajar dalam bidang e-commerce (e-dagang) untuk sokong inisiatif ekonomi digital,” katanya.

Mengenai bayaran pendahulua­n kepada syarikat produksi seni kreatif di bawah kementeria­n itu, Annuar berkata, permohonan untuk tujuan itu sudah mula dibuka.

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? Annuar mengagihka­n bantuan makanan pada program Penyerahan Bantuan Makanan Kepada Golongan Memerlukan dan Petugas Barisan Hadapan @ Rumah Prihatin di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Rohanis Shukri/bh) Annuar mengagihka­n bantuan makanan pada program Penyerahan Bantuan Makanan Kepada Golongan Memerlukan dan Petugas Barisan Hadapan @ Rumah Prihatin di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia