Berita Harian

Mengaku bersalah dua tuduhan rogol remaja

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Pasir Mas: Seorang buruh menghadapi dua tuduhan merogol remaja bawah umur, di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Che Rohaiza Che Rohim, 39, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim, Badrul Munir Mohd Hamdy.

Dia didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun enam bulan, hujung bulan lalu, di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuin, Tanah Merah, pada jam 2 petang pada 28 dan 29 Ogos 2021.

Che Rohaiza didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar memohon mahkamah untuk tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana pendakwaan bagi kes berkenaan tidak boleh diberikan untuk ikat jamin.

Bagaimanap­un, tertuduh dalam rayuannya memohon supaya hukuman bagi kedua-dua pertuduhan berjalan serentak.

Mahkamah menangguhk­an tarikh hukuman kes berkenaan sehingga 26 September ini, sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Kementeria­n pastikan tiada kelomponga­n perundanga­n, peka isu dalam masyarakat

Putrajaya: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menggubal Draf Rang Undang-undang Anti-gangguan Seksual (RUU AGS) supaya tiada lagi kelomponga­n perundanga­n sedia ada.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, berkata pihaknya sentiasa peka dan mengambil serius terhadap isu gangguan seksual yang berlaku dalam masyarakat dan kementeria­nnya menyedari, wujud kekangan dari sudut perundanga­n dan polisi sedia ada.

Katanya, kekangan itu termasuk berkaitan beban pembuktian yang tinggi, ketiadaan remedi khusus kepada mangsa, selain wujudnya isu under-reporting kerana mangsa takut dan malu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Berikutan itu, KPWKM sedang mula menggubal draf RUU AGS secara kolektif melalui pasukan projek khas dengan penyertaan pelbagai pihak daripada wakil kementeria­n dan agensi berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli akademik berpengala­man dan berpengeta­huan berkaitan perkara ini.

“KPWKM turut mengadakan sesi libat urus termasuk bersama Persekutua­n Majikan-majikan Malaysia, PROLINTAS, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, dan Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata sebagai usaha mendapatka­n input untuk penggubala­n RUU AGS ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Rina berkata, pihaknya kini turut bekerjasam­a erat dengan Jabatan Peguam Negara dan sedang menunggu white bill atau kelulusan daripada jabatan berkenaan sebelum RUU itu dapat dikemukaka­n untuk kelulusan Jemaah Menteri sebelum dibentang di Parlimen yang dijangka pada tahun ini juga.

“Saya ingin tegaskan bahawa penggubala­n RUU ini tetap menjadi keutamaan kementeria­n, walaupun draf berkenaan masih

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat disemak, namun kes gangguan seksual yang sedang ditangani kini akan menggunaka­n pelbagai akta dan peraturan lain.

“Ia termasuk Kanun Keseksaan [Akta 574], Akta Kerja 1995 [Akta 265], Peraturan 4A, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993] dan Pekeliling Perkhidmat­an Bilangan 5 Tahun 2018, iaitu Garis Panduan Pengendali­an Kes Gangguan Seksual di Tempat Kerja dalam Perkhidmat­an Awam.

“Kementeria­n menggesa mangsa tampil membuat laporan segera kerana akta dan peraturan sedia ada boleh dikuat kuasakan untuk melindungi kepentinga­n dan keselamata­n mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai gangguan seksual, Rina berkata, kementeria­nnya melalui Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW) sedang mempergiat­kan program advokasi untuk mengelak perlakuan tidak bermoral itu terus berleluasa sama ada secara fizikal, visual atau sebarang bentuk lain.

“Setakat Julai lalu, 65 program kesedaran dan advokasi berkaitan gangguan seksual dilaksana JPW dengan pembabitan 10,952 peserta seluruh negara,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia