Berita Harian

2 maut motosikal bergesel di selekoh

-

Dua lelaki maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi parah dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan Arsad Kamaruddin,

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor

Dua lelaki maut, manakala seorang lagi parah selepas motosikal ditunggang mereka terbabit nahas di Kilometer 405.3 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Kuala Kubu Bharu, kelmarin.

Dalam kemalangan jam 10 malam, mangsa dikenali Ahmad Fakrullah Ali Affendi dan Nooramirul Nizam Mohd Amir, masing-masing berusia 28 serta 29 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Mohd Rafide Mohd Sharkawi, 35, dilaporkan parah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan Arsad Kamaruddin, berkata siasatan mendapati nahas membabitka­n dua motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang Ahmad Fakrullah dan Nooramirul Nizam serta sebuah Yamaha 135LC ditunggang Mohd Rafide.

“Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Ulu Bernam ke Kuala Lumpur sebelum motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri lalu hilang kawalan ketika melalui selekoh.

“Dua lelaki maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi yang parah dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.12 malam.

Susulan itu, katanya, lapan anggota menaiki beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota melakukan pemeriksaa­n di lokasi dan mendapati, berlaku kemalangan membabitka­n tiga mangsa serta tiga motosikal.

“Dua daripada tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa yang parah dihantar ke hospital manakala mayat dua lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? Dua maut dan seorang parah dalam nahas motosikal di Kilometer 405.3 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Kuala Kubu Bharu, kelmarin.
Dua maut dan seorang parah dalam nahas motosikal di Kilometer 405.3 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Kuala Kubu Bharu, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia