Berita Harian

Pesawah dakwa ada tindakan ‘mencuri air’ dari terusan

-

Parit Buntar: Pesawah di Parit Abas dan Parit Mat Ali, di sini, buntu dan tidak dapat memulakan tanaman padi mereka kerana bekalan air yang disalur pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui terusan itu tidak sampai ke petak sawah mereka, di sini.

Mereka mendakwa tindakan segelintir pesawah lain yang ‘mencuri air’ dari terusan Tali Air 74 dan memulakan musim penanaman padi tidak mengikut jadual yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian menyebabka­n masalah itu timbul.

Lebih membimbang­kan apabila jadual pengairan untuk penanaman padi di kawasan TA 74R2 dan TA74L2 serta beberapa lagi kawasan berhampira­n yang sepatutnya diterima pada Selasa lalu, masih tidak mencukupi dan meresahkan mereka kerana masalah bekalan air.

Wakil pesawah di Parit Abas dan Parit Mat Ali, Shaiful Ahmad, 37, berkata pihaknya sudah merujuk masalah itu dengan pihak JPS, namun ia bukan berpunca daripada kegagalan jabatan itu dalam menyalurka­n air untuk kegunaan pesawah di kompartmen C, di sini.

“JPS sudah menyalurka­n air yang cukup melalui TA74 untuk kegunaan pesawah di kompartmen C seperti yang dijadualka­n.

“Namun di kawasan Parit Abas dan Parit Mat Ali, sepatutnya kami menerima bekalan air bermula Selasa lalu hingga semalam (11 September) namun yang ‘pelik’ apabila air yang disalur ke palong 74R2, 74L2 dan kawasan sekitar, tidak sampai malah air yang masuk ke palong kami tidak sampai 0.5 meter.

“Jadi keadaan ini amat membimbang­kan kami di sini kerana sudah lewat dari jadual yang ditetapkan dan berharap pihak berkaitan dapat mencari jalan penyelesai­an segera,” katanya.

Beliau juga berkata, masalah itu juga sudah dilaporkan kepada Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau untuk tindakan.

“Kelmarin, saya bersama ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari dan wakil JPS membuat rondaan di TA74 dan mendapati masalah ketiadaan air yang berlaku di tempat kami disebabkan tindakan segelintir pesawah yang membuka pintu air di R8,R9,L12,L13 dan L14 untuk memulakan musim penanaman padi lebih awal berbanding jadual asal pada 16 September ini,” katanya. 20 lelaki ditahan sejak Januari lalu terbabit penceroboh­an

Sik: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) mengenal pasti kira-kira 3,500 hektar kawasan hutan simpan di seluruh negeri itu diteroka secara haram sejak 2011.

Pengarahny­a, Muhamad Abdullah, berkata penerokaan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab itu kebanyakan­nya bagi tujuan pertanian seperti tanaman kelapa sawit, durian dan getah, selain pembinaan kawasan penempatan.

“Bagi kawasan yang baru diterokai, kita akan ambil tindakan pemusnahan dan tanam semula hutan. Bagi kawasan yang sudah lama diteroka dan sudah mengeluark­an hasil, kita akan dapatkan arahan daripada kerajaan negeri untuk tindakan susulan.

“Sejak Januari lalu hingga sekarang, kita sudah menahan 20 lelaki kerana terbabit dengan beberapa kes penceroboh­an hutan dan kertas siasatan sedang disediakan sebelum diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada

Kuala Lumpur: Pemilik tanah yang diteroka di Bukit Tabur, Taman Melawati, dekat sini, wajar diarah menanam semula pokok di kawasan berkenaan selepas didapati berlaku aktiviti tanah tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, berkata tindakan itu perlu dilaksanak­an secepat mungkin bagi mengelak kejadian tidak diingini, seperti tanah runtuh.

Beliau berkata, tanah runtuh boleh berlaku secara mendadak atau berperingk­at dalam skala kecil atau besar hingga membahayak­an penduduk sekitar.

“Saya tidak mempunyai maklumat berapa hektar tanah itu diteroka, namun tanah itu dikatakan milik individu.

“Kalau diikutkan memang pelaku yang teroka tanah itu patut program penanaman pokok sempena Kempen Penanaman 100 juta pokok 2021-2025 di Kompartmen 4, Hutan Simpan Bukit Enggang, di sini semalam.

Muhamad berkata, aktiviti penceroboh­an hutan simpan secara haram menyebabka­n kerugian yang tinggi terutama kemusnahan biodiversi­ti kawasan hutan yang di- ceroboh, selain kerugian hasil hutan kepada kerajaan negeri. didenda tetapi sebab tanah itu milik orang, maka sukar untuk berbuat demikian.

“Sekarang ini, pihak berkaitan perlu tanam semula pokok yang dipotong untuk elak tragedi lebih

“Kerugian berkaitan biodiversi­ti memang tidak ternilai, kalau kerugian dari segi hasil hutan kayu balak pula sukar kita nak anggarkan, kita kena kenal pasti keluasan kawasan dan jenis kayu yang diambil,” katanya.

Muhamad berkata, pihaknya akan memulihkan semula kawasan hutan yang diceroboh dengan menanam semula pokok hutan bagi mengembali­kan semula kelestaria­n alam di teruk seperti tanah runtuh,” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, kerajaan Selangor menegaskan tiada sebarang kelulusan diberikan bagi aktiviti penerokaan tanah di Bukit Tabur, kawasan berkenaan.

Mengenai kempen penanaman 100 juta pokok di seluruh negara, beliau berkata, JPNK menyasarka­n 2.75 juta pokok ditanam di kawasan yang dikenal pasti di negeri itu dengan 550,000 pokok ditanam setiap tahun sehingga 2025.

“Kempen ini bertujuan menggalakk­an masyarakat bersama-sama menanam pokok, menghijauk­an alam dan mencapai sasaran negara kita untuk mengekalka­n sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan tanah di negara kita diliputi pokok dan hutan,” katanya. BERNAMA

Muhamad Abdullah

Taman Melawati.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, dipetik berkata ia hasil semakan dengan Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Daerah Gombak susulan penyebaran gambar sebuah jentolak di kawasan berkenaan dalam media sosial.

MPAJ pula dilaporkan sudah mengambil tindakan termasuk meletakkan batu penghadang bagi menghalang kenderaan berat masuk semula ke kawasan berkenaan.

Yang Dipertua MPAJ, Mohd Fauzi Mohd Yatim, dilaporkan berkata aktiviti tanah pertanian tanpa kelulusan disahkan berlaku di Lot 759 Mukim Hulu Klang di Bukit Tabur, kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

Tindakan penguatkua­saan dijalankan mengikut Seksyen 70(A) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

 ?? (Foto Noorazura Abdul Rahman/bh) ?? Pegawai dan anggota JPNK menanam pokok di Kompartmen 4, Hutan Simpan Bukit Enggang sempena Kempen Penanaman 100 juta pokok 2021-2025.
(Foto Noorazura Abdul Rahman/bh) Pegawai dan anggota JPNK menanam pokok di Kompartmen 4, Hutan Simpan Bukit Enggang sempena Kempen Penanaman 100 juta pokok 2021-2025.
 ?? (Foto ihsan pembaca) ?? Keadaan kawasan Bukit Tabur yang dibersihka­n dan pokok ditebang untuk dijadikan laluan ke tanah persendiri­an.
(Foto ihsan pembaca) Keadaan kawasan Bukit Tabur yang dibersihka­n dan pokok ditebang untuk dijadikan laluan ke tanah persendiri­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia