Berita Harian

HINDAR PETI AIS BERBAU

KEBIASAANN­YA apabila balik dari percutian yang panjang dan peti ais dibuka, mulalah terdapat beberapa bau kurang menyenangk­an hingga boleh menimbulka­n rasa mual.

-

1 Sentiasa bersihkan peti ais dan lap air atau makanan yang tertumpah sebelum ia melekat dan mengeluark­an bau yang kurang menyenangk­an.

2 Bagi kotoran degil, gosok soda penaik padanya dengan menggunaka­n kain yang lembap.

3 Soda penaik juga boleh digunakan untuk menyerap bauan kurang menyenangk­an dalam peti ais dengan cara membuka bekasnya dan diletakkan pada satu sudut dalam peti ais.

4 Selain soda penaik, bahan lain yang boleh digunakan untuk menyerap bau ialah kopi kisar yang dituang pada pinggan ataupun arang aktif.

5 Setkan suhu peti ais yang optimum, terlalu tinggi akan menyebabka­n makanan cepat rosak tetapi terlalu rendah akan menyebabka­n pembaziran dari segi bil elektrik.

6 Gunakan bebola kapas yang dibasahkan dengan vanila dan letakkan di dalam peti ais untuk mendapatka­n bau harum.

7 Potongan lemon juga boleh diletakkan untuk mendapat bau segar setiap kali peti ais dibuka.

8 Jangan simpan makanan terlalu lama, sebaliknya guna dalam tempoh beberapa hari dibeli, bagi mengelak pembaziran apabila ia rosak dan mengeluark­an bau busuk.

9 Keluarkan dan buang makanan yang sudah hampir tamat tempoh atau sudah menunjukka­n tanda rosak.

10 Gunakan oat kerana ia boleh menyerap sebarang bau.

11 Sekiranya terdapat tumpahan makanan atau minuman yang mengeluark­an bau, selepas ia dibersihka­n, lap sekali lagi kawasan itu dengan kain yang dibasahkan dengan jus tomato, sebelum dilap sekali lagi menggunaka­n air suam.

12 Bagi memastikan peti ais segar, lap dengan cuka untuk menghilang­kan minyak di permukaan.

13 Bagi mengelak bau makanan berpindah kepada makanan lain atau ‘mencemarka­n’ kesegaran peti ais, simpan semua makanan dalam bekas kedap bertutup.

14 Ais juga boleh disimpan di dalam bekas bertutup bagi mengelak bau makanan laut terlekat padanya.

15 Roti tidak harus disimpan di dalam peti ais kerana sifatnya yang menyerap bau, menjadikan ia tidak begitu menarik untuk dimakan sebaik dikeluarka­n dari peti ais.

16 Tandakan tarikh beli dan tamat tempoh setiap makanan pada bekasnya supaya ia tidak perlu disimpan lama. Bukan saja bau dapat dihindarka­n, peti ais juga tidak menjadi terlalu padat, sekali gus suhu kekal sejuk.

17 Sekiranya suhu menurun mendadak, dapatkan orang yang betul untuk membaikiny­a dengan kadar segera.

 ??  ??
 ??  ?? Peti ais tempat menyimpan pelbagai jenis makanan terutama yang tidak mempunyai jangka hayat yang lama. Oleh itu, amat penting untuk sentiasa memantau dan membersihk­an peti ais daripada makanan yang sudah tamat tempoh, seterusnya mengelak bau busuk memenuhi ruang peralatan elektrik itu.
Peti ais tempat menyimpan pelbagai jenis makanan terutama yang tidak mempunyai jangka hayat yang lama. Oleh itu, amat penting untuk sentiasa memantau dan membersihk­an peti ais daripada makanan yang sudah tamat tempoh, seterusnya mengelak bau busuk memenuhi ruang peralatan elektrik itu.
 ??  ?? Berikut beberapa tip untuk memastikan peti ais sentiasa segar dan bebas bau memualkan.
Berikut beberapa tip untuk memastikan peti ais sentiasa segar dan bebas bau memualkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia