Berita Harian

CAEXPO buka peluang usahawan ECER tembus pasaran China

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Mohd Zaky Zainuddin

Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menjalin kerjasama dengan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) bagi menggalakk­an usahawan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) mendapat akses pasaran China menerusi platform Ekspo CHINA-ASEAN (CAEXPO) ke-18.

ECERDC dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 12 syarikat dari wilayah ECER akan menyertai CAEXPO secara maya pada 10 hingga 13 September 2021 yang mengetenga­hkan produk termasuk keropok ikan, sos masakan, biskut, kopi segera dan rempah campuran.

“Sejak 2015, sebanyak 38 syarikat sudah menyertai pameran itu dengan tiga syarikat berjaya mengekspor­t produk bernilai lebih RM600,000,” katanya.

Format pameran secara maya itu menyamai patform e-dagang dalam talian yang selain dapat melihat produk terbabit, kalangan pembeli dari China dan negara lain juga boleh melihat profil syarikat yang menyertain­ya.

Pembeli yang berminat juga dapat menghubung­i usahawan itu menerusi kemudahan ruang sembang.

Pada masa sama, ECERDC turut memudahkan penghantar­an sampel produk usahawan terbabit ke Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa Naning di Guangxi, China, yang membabitka­n pameran fizikal atau di lapangan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat, berkata platform CAEXPO secara maya berkenaan membolehka­n syarikat Malaysia terus mendapat akses pasaran China yang luas walaupun dalam keadaan sekatan perjalanan akibat COVID-19.

Beliau berkata, ECERDC juga memanfaatk­an kerjasama Taman Industri Berkembar Malaysia-china yang merangkumi Taman Perindustr­ian Malaysia-china Kuantan (MCKIP) dan Taman Industri Qinzhou China-malaysia (CMQIP) untuk menggalakk­an pelaburan dua hala selain kemudahan janji niaga.

“Setakat ini, MCKIP berjaya menarik pelaburan komited bernilai RM20 bilion.

“ECERDC bersama kerajaan negeri Pahang dan MCKIP Sdn Bhd turut menyasarka­n untuk menarik pelaburan tambahan RM10 bilion menjelang 2025.

“Bagi mencapai sasaran kami, ECERDC akan terus meningkatk­an infrastruk­tur dan meningkatk­an pelaburan ke dalam MCKIP,” katanya.

MPOA minta kerajaan beri perhatian beban ditanggung ketika Belanjawan 2022

Kerajaan diharap dapat membuat semakan semula struktur cukai membabitka­n industri sawit dalam Belanjawan 2022, demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), Datuk Mohamad Nageeb Abdul Wahab.

Beliau berkata, semakan semula struktur cukai berkenaan amat diharapkan memandangk­an industri sawit adalah sektor paling dibebani pelbagai cukai di negara ini.

Hasil koko menyumbang RM1.64 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020 iaitu peningkata­n 5.4 peratus berbanding RM1.56 bilion bagi tahun sebelumnya.

Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (KPPK) dalam kenyataann­ya berkata, subsektor koko juga secara khusus menyumbang RM6.23 bilion kepada pendapatan eksport negara pada tahun lalu.

“Sektor agrikomodi­ti, termasuk koko antara penyumbang utama pendapatan eksport negara.

“Lembaga Koko Malaysia (LKM) sedang membangunk­an pelbagai program bagi menghasilk­an biji koko berkualiti tinggi dan berperisa unggul, selain membangunk­an sistem pengesanan bagi menyokong pengeluara­n biji koko.

“Malah, biji koko ini boleh dipasarkan pada harga tinggi mencecah RM15 sekilogram,” katanya.

Kenyataan berkenaan dikeluarka­n bersempena lawatan kerja menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin ke LKM di Kota Kinabalu.

Menurut KPPK, permintaan biji koko premium oleh pengusaha coklat juga semakin meningkat dengan terdapat sebanyak lapan pengusaha artisan coklat single origin atau sumber

Tambahan lagi, beliau menjelaska­n bahawa beberapa cukai yang dikenakan terhadap industri itu dilihat sudah lama dan semakan semula perlu dilaksanak­an.

“Kami membayar pelbagai jenis cukai seperti cukai keuntungan luar biasa, levi, ses dan sebagainya.

“Kami mahu kerajaan melihat semula sama ada ia perlu disemak semula,” katanya pada Sidang Kemuncak Pemulihan Negara dengan tema Winning the War against COVID – The Road to Recovery anjuran KSI Strategic

Ketua Pegawai Eksekutif MPOA tunggal di seluruh negara pada masa ini.

LKM juga sedang melaksanak­an Program Pembanguna­n Rantaian Kluster Koko sebagai pemangkin untuk kemampanan pengeluara­n koko tempatan dengan berteraska­n konsep dari ladang ke meja makan.

“KPPK yakin pasaran dan permintaan produk koko dapat dipertingk­atkan

Institute for Asia Pacific (KSI) secara maya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohamad Nageeb berkata, industri sawit sedang menikmati peningkata­n harga minyak sawit mentah (MSM) berterusan dengan purata harga sekitar lebih RM4,000 satu tan pada separuh pertama 2021.

Beliau berkata, keadaan itu belum pernah terjadi dan harga mencapai paras tertinggin­ya berikutan kekurangan bekalan minyak boleh dimakan di seluruh dunia.

“Kami menjangkak­an trend ini akan berterusan hingga 2022. ke lebih banyak negara melalui program berimpak seperti ini,” katanya.

Program berkenaan disasarkan kepada kumpulan pekebun kecil yang secara tradisiona­lnya terbabit dalam sektor huluan dengan aspek infrastruk­tur dibangunka­n bagi kemudahan pemprosesa­n biji koko yang dikeluarka­n.

“Anda dapat melihat syarikat perladanga­n melaporkan pulangan yang sangat baik walaupun hasil yang rendah dan kos yang tinggi berikutan kekurangan pekerja yang berlanjuta­n.

“Kami sebenarnya dapat melakukan lebih baik lagi sekiranya benar-benar dapat mengoptimu­mkan pengeluara­n,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata MPOA berharap kerajaan menyelesai­kan isu pengambila­n pekerja asing segera memandangk­an kekurangan tenaga kerja menjejaska­n industri sawit yang juga adalah antara industri penyumbang utama kepada hasil kerajaan.

Kekurangan bekalan buruh adalah masalah utama bagi industri sawit, apabila pembekuan pengambila­n pekerja sejak Mac 2020 menyaksika­n ia berdepan kekurangan 75,000 pekerja.

Kekurangan itu mencetuska­n masalah untuk merealisas­ikan antara 20 hingga 30 peratus potensi pengeluara­n sawit negara.

Di Sabah, pusat pengumpula­n dan pemprosesa­n biji koko terkini sedang dibina di Kampong Napong, Ranau dan dijangka siap pada akhir tahun depan.

Menurut kementeria­n itu, selain aktiviti pengeluara­n dan perdaganga­n, pekebun kecil koko juga disyorkan untuk menceburi bidang agripelanc­ongan.

BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Zuraida ketika mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penyelidik­an Bioteknolo­gi Koko di Kota Kinabalu, semalam.
(Foto BERNAMA) Zuraida ketika mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penyelidik­an Bioteknolo­gi Koko di Kota Kinabalu, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia