Berita Harian

Dagangan dijangka terus stabil

FBM KLCI diunjur berlegar dalam jajaran sempit sehingga 1,585 mata minggu ini

-

Dagangan di Bursa Malaysia dijangka terus stabil dan bergerak dalam mod berhati-hati minggu ini memandangk­an pelabur masih lagi bimbang dengan kemunculan semula kes baharu COVID-19 serta impaknya ke atas ekonomi dan pendapatan syarikat.

Ketua Ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran diunjur berlegar dalam jajaran sempit antara 1,575 dan 1,585 pada minggu ini.

“Namun, amat menggembir­akan terdapat beberapa belian bersih daripada dana asing sejak kebelakang­an ini.

“Penilaian yang menarik, malah pembentang­an Rancangan Malaysia Ke-12 pada 27 September serta Belanjawan 2022 pada Oktober akan menarik pelabur asing memasuki Malaysia,“katanya.

Ketua Penyelidik­an Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee pula berpendapa­t FBM KLCI kekal tersekat dalam mod penstabila­n minggu ini selepas pergerakan rancak yang kecil pada lewat Ogos.

“Kami merasakan ketidakpas­tian dan kemudahrua­pan yang kian meruncing di Wall Street akan menyaksika­n sentimen keseluruha­n di pasaran serantau serta bursa tempatan lebih berhati-hati,” tambah beliau.

Yee menambah, keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalka­n kadar dasar semalaman pada 1.75 peratus baru-baru ini dilihat sebagai pendahulu kepada kenaikan kadar faedah dalam bergerak ke hadapan, diikuti ketidakpas­tian serantau, ia sudah pasti memberi kesan kepada bursa tempatan.

Naib Presiden Penyelidik­an Ekuiti Rakuten, Thong Pak Leng pula berpendapa­t dengan penilaian saham Malaysia masih sangat murah berbanding pasaran serantau, dana asing akan mengalir masuk, justeru, kegiatan membeli saham pada harga murah dijangka muncul minggu ini.

“Kami menasihatk­an pelabur melihat pada tema pemulihan seperti pelanconga­n, permainan dan pengguna kerana saham ini telah menyusut selepas mencatatka­n lonjakan kerana kelemahan pasaran.

“Oleh itu, sebarang peningkata­n boleh memberi peluang kepada pelabur,” jelasnya.

Berdasarka­n perbanding­an mingguan Jumaat-jumaat, indeks penanda aras turun 13.22 mata untuk mengakhiri urus niaga minggu lalu pada 1,575.97 daripada 1,589.19 sebelumnya.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 72.17 mata pada 11,522.81, Indeks FBMT 100 merosot 80.67 mata kepada 11,212.32 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 80.55 mata kepada 12,614.20.

FBM 70 merosot 56.14 mata kepada 15,004.11, sementara FBM ACE menambah 3.32 mata kepada 7,255.10.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n jatuh 95.77 mata kepada 6,604.22, Indeks Perkhidmat­an Kewangan menyusut 146.6 mata kepada 15,390.17, tetapi Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian meningkat 0.98 mata kepada 200.90.

Indeks Penjagaan Kesihatan susut 101.27 mata kepada 2,697.29, Indeks Tenaga merosot 10.31 mata kepada 760.63, namun Indeks Teknologi naik 1.65 mata kepada 91.76.

Pada minggu urus niaga, jumlah dagangan mingguan mengukuh kepada 23.66 bilion unit bernilai RM14.69 bilion daripada 17.65 bilion unit bernilai RM12.71 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 15.31 bilion saham bernilai RM12.89 bilion berbanding 12.24 bilion saham minggu lalu yang bernilai RM11.38 bilion.

Jumlah dagangan waran turut mengembang kepada 1.80 bilion unit bernilai RM272.84 juta berbanding 1.31 bilion unit bernilai RM182.24 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menokok kepada 6.48 bilion saham bernilai RM1.52 bilion daripada 4.09 bilion saham bernilai RM1.14 bilion minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia