Berita Harian

550 jangkitan baharu dilapor di Singapura

-

Singapura: Sebanyak 550 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di negara itu setakat tengah hari kelmarin dengan 486 kes membabitka­n komuniti dan 64 penghuni asrama.

Daripada kes jangkitan tempatan itu, sebanyak 145 kes membabitka­n warga emas berusia 60 tahun ke atas, kata Kementeria­n Kesihatan (MOH).

Dua lagi kluster terbesar dikenal pasti, termasuk Kompleks Chinatown dengan 44 kes baharu.

Ia menjadikan jumlah keseluruha­n jangkitan yang berkaitan dengan kluster berkenaan terdiri 58 pemilik kedai dan pembantu, tukang cuci dan pembantu rumah.

Satu lagi kluster adalah PCF Sparkletot­s Braddell Heights, yang terletak di 355 Serangoon Avenue 3.

Terdapat tiga kes baharu daripada 22 jangkitan berkaitan kluster itu.

Penularan jangkitan berlaku di prasekolah membabitka­n dalam kalangan pelajar di kelas sama seterusnya ke rumah, kata MOH.

Jumlah kes jangkitan tempatan semalam sedikit menurun iaitu sebanyak 568 kes dilaporkan.

Sementara itu, China melaporkan 46 kes COVID-19 baru kelmarin, meningkat dari 25 hari sebelumnya, kata pihak berkuasa kesihatan nasional, semalam.

Sebanyak 20 jangkitan baharu disebarkan secara tempatan dan selebihnya diimport, kata Suruhanjay­a Kesihatan Nasional.

Jumlah kes asimtomati­k baharu, yang tidak dikelaskan oleh China sebagai kes yang disahkan adalah 44, meningkat dari 21 hari sebelumnya.

Daripada kes baharu terbabit, 18 adalah tempatan.

Setakat ini China mengesahka­n 95,199 kes COVID-19, dengan jumlah kematian tidak berubah iaitu 4,636. AGENSI

Canberra: Australia memperoleh tambahan sejuta dos vaksin COVID-19 ketika negara itu terus memerangi gelombang ketiga penularan virus berkenaan.

Perdana Menteri, Scott Morrison, ketika mengumumka­n perkara itu semalam, berkata sejuta dos vaksin Moderna diperoleh dari negara anggota Kesatuan Eropah (EU) itu akan tiba minggu depan dan terus diedarkan ke farmasi komuniti tempatan di seluruh negara.

“Ini bermakna, setiap individu berusia dari 12 hingga 59 tahun boleh ke farmasi komuniti masing-masing bagi mendapatka­n vaksin Moderna untuk proses pelalian,” katanya.

Australia merekodkan 1,669 jangkitan baharu COVID-19 semalam.

Daripada jumlah kes baharu itu, 1,262 dikesan di New South Wales (NSW), negeri paling ramai penduduk dengan Sydney sebagai ibu kota.

“Sejumlah 177 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di NSW sejak 16 Jun lalu,” kata kenyataan pihak kesihatan NSW.

Victoria pula, negeri kedua paling padat dengan Melbourne sebagai ibu kota melaporkan 392 lagi kes baharu jangkitan tempatan.

Pihak kerajaan semalam, melancarka­n kempen baharu vaksinasi dengan memfokuska­n kepada individu yang masih ragu-ragu mengenai pelalian itu.

Menteri Kesihatan Australia, Greg Hunt, berkata sebanyak 81 peratus rakyat negara itu mengatakan mereka kini bersedia mendapatka­n vaksinasi berdasarka­n ujian terbaru.

Setakat ini, sebanyak 67 peratus penduduk Australia berusia 16 tahun ke atas mempunyai sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 42 peratus lagi lengkap dos vaksin, menurut Jabatan Kesihatan. AGENSI

Sebanyak 486 kes positif membabitka­n komuniti dan 64 penghuni asrama dikesan di Singapura.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia