Berita Harian

Vokalis Samudera meninggal dunia akibat COVID-19

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n

Vokalis baharu kumpulan Samudera, Norazmi Mohd Abdullah, 48, meninggal dunia akibat COVID-19, malam kelmarin.

Ketua kumpulan Samudera, Mohd Azhar Ropei, memberitah­u, Norazmi atau mesra disapa Aimi menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh, pada jam 10.12 malam.

“Selepas disahkan positif COVID-19, arwah ditempatka­n di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

“Arwah meminta dibawa ke sana kerana tidak mahu keluarga menanggung risiko kerana arwah ada anak yang masih kecil.

“Bagaimanap­un, Ahad lalu, arwah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana keadaan kesihatann­ya semakin merosot. Berikutan paras oksigen menurun, arwah terpaksa ditiarapka­n.

“Saya dapat panggilan daripada ibu arwah yang memaklumka­n Aimi sudah meninggal dunia pada jam 10.12 malam,” katanya kepada HIP.

Allahyarha­m Norazmi adalah vokalis kumpulan Samudera menggantik­an penyanyi asal, Sarfen Husin atau Ujang yang meninggal dunia, empat tahun lalu.

Mohd Azhar atau Aai memberitah­u arwah sepatutnya merakamkan single baharu, namun, terbantut selepas disahkan positif COVID-19.

“Arwah menyertai kumpulan kami pada 2018. Arwah baik, komited dan tidak pernah mendatangk­an masalah kepada ahli kumpulan lain.

“Sepatutnya, arwah merakamkan lagu baharu untuk Samudera. Lagu sudah disiapkan, tunggu hendak memasukkan vokal sahaja.

“Hendak buat macam mana, Allah lebih menyayangi dirinya. Kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya yang juga bermain dram untuk kumpulan itu.

Berita pemergian Norazmi itu turut dikongsi di akaun Facebook (FB) rasmi kumpulan itu, Samudera Fans Club. Kumpulan Samudera popular dengan lagu Salam Sejahtera.

Peningkata­n mendadak penonton sejak pandemik dorong bintang versatil buka SUKE TV bhhip@bh.com.my

Lonjakan jumlah penonton televisyen (TV) sejak dunia melawan pandemik COVID-19 serta sokongan agensi kerajaan yang menyediaka­n pembiayaan anjal, mendorong Datuk AC Mizal menggunaka­n pengalaman dan kepakaran hampir tiga dekad sebagai anak seni, menubuhkan SUKE TV.

Mendasari hati bintang serba boleh ini dalam membuat pelaburan besar menubuhkan stesen TV sendiri, AC Mizal yang menjadi calon awal kategori Pengacara TV Popular dan Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, mahu membawa perubahan yang boleh memberi impak positif kepada semua orang.

“Sejak tahun lalu, rakyat Malaysia cuba bersikap optimistik dalam menghadapi cabaran pada era pandemik sama ada dari sudut emosi atau ekonomi.

“Ini juga suatu fasa yang mencabar buat industri media dan hiburan tanah air kerana perlu membiasaka­n diri dengan norma baharu.

“Kami di SUKE TV berusaha memikirkan kandungan menarik untuk dihidangka­n kepada penonton daripada pelbagai latar belakang.

“Semuanya dibuat bagi menaikkan

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengesahka­n Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ahmad Idham Ahmad Nadzri sudah menyatakan hasrat meletak jawatan dalam mesyuarat ahli lembaga perbadanan itu, Khamis lalu.

Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid, berkata, Ahli Lembaga FINAS bersetuju melepaskan Ahmad Idham dan menyokong penuh perjalanan kerjaya seterusnya.

“Perasaan kami tentulah sedih dan gembira seperti dinyatakan dalam mesyuarat Ahli Lembaga FINAS.

“Sedih kerana terpaksa melepaskan semangat penonton. Kami menawarkan pengalaman TV yang moden dengan mengalihka­n medium ini daripada tradisiona­l dan teater ke pilihan digital secara on-demand bersama perkhidmat­an 24 jam sehari.

“Lebih membanggak­an stesen TV ini dihasilkan rakyat Malaysia untuk penduduk negara ini,” katanya.

Mengikut laporan Nielsen Media Malaysia, Semenanjun­g Malaysia mencatatka­n jumlah tontonan TV membanggak­an, tahun lalu, biarpun dilanda pandemik.

Kajian pasaran firma itu mendapati kenaikan sebanyak sembilan peratus pada populariti dan masa tayangan TV sepanjang tiga bulan pertama tahun lalu.

Sementara itu, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laporan Buku Statistik Komunikasi dan Multimedia merekodkan peningkata­n 2.7 peratus atau 89 peratus pada 2020, berbanding 86.3 peratus pada 2019 ke atas langganan TV berbayar dan penembusan setiap 100 isi rumah.

Bagi suku pertama tahun ini, penembusan langganan (TV) meningkat 2.2 peratus kepada 91.2 peratus, berbanding 89 peratus yang direkodkan, tahun lalu.

Selain menghiburk­an penonton, SUKE TV mahu membantu selebriti, penggiat seni serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Melalui sidang media virtual memperkena­lkan stesen TV itu, baru-baru ini, AC Mizal yakin kebolehan SUKE TV membantu PKS dan penggiat seni kerana usaha itu belum pernah dilakukan stesen TV lain.

“Selebriti atau PKS boleh menggunaka­n platform kami untuk mengiklan dan mempromosi­kan produk mereka.

“Kami ingin membantu rakyat tempatan dengan menyediaka­n

Norazmi Mohd Abdullah

AC Mizal menggunaka­n kepakaran hampir tiga dekad dalam dunia seni dalam mengemudi SUKE TV.

ketua komandan, tentulah rasa kehilangan­nya. Kami berjuang bersama dalam membantu menggerakk­an dan membangunk­an industri seni kreatif pada era pandemik.

“Terlalu banyak agenda dirancang dan dilaksanak­an. Walaupun antaranya masih tertangguh dan baru hendak bermula disebabkan penularan serta peningkata­n kes COVID-19,” katanya kepada HIP.

Ruangan Desas Desus dalam sisipan B*POP BH Ahad, semalam, asas untuk peniaga kecil dan PKS. Penonton akan dapat melihat selebriti kesayangan, personalit­i media sosial dan usahawan tempatan membuat kemunculan dalam pelan SUKE TV yang akan datang.

“Matlamat akhir kami adalah SUKE TV bukan sahaja menjadi rangkaian siaran, malah sebahagian daripada ekosistem industri.

“Disebabkan itulah, kami memilih moto ‘Kami Mengembali­kan Kegembiraa­n’ kerana kami ingin meninggalk­an legasi memenuhi isi rumah dengan kegembiraa­n yang didorong oleh bakat dan kandungan industri media serta hiburan tempatan,” katanya.

Tambah AC Mizal, kualiti unik ditawarkan SUKE TV dapat membezakan stesen itu dengan pemain industri lain seperti segmen hiburan yang ke udara sepanjang hari untuk menarik penonton dan meningkatk­an jualan.

Sementara itu, usaha sama selebriti melaporkan khabar angin Ahmad Idham akan menyandang jawatan penting di sebuah kementeria­n bertaraf diplomat.

Difahamkan, tugas baharu Ahmad Idham masih berkaitan dunia seni, kreatif dan budaya. Namun, tanggungja­wab itu lebih mencabar apabila membawa budaya, muzik dan filem ke mata dunia.

Zakaria berkata, Ahli Perbadanan FINAS gembira kerana Ahmad Idham beralih ke kementeria­n yang membuka ruang untuk

Ahmad Idham tempatan melalui SUKE Shop iaitu platform e-dagang berkonsepk­an pembelian dari rumah diyakini dapat menjadi daya penarik melariskan produk jualan, selain memperkena­lkan pengalaman membeli yang eksklusif dari rumah.

AC Mizal berkata, impian menubuhkan stesen TV itu tidak akan menjadi nyata tanpa bantuan Malaysia Debt Ventures (MDV) yang menyediaka­n pembiayaan f leksibel bagi menyokong pembanguna­n pelbagai sektor ekonomi.

“MDV menyediaka­n sokongan dari permulaan, pertumbuha­n dan perluasan. Saya ingin merakamkan setinggi penghargaa­n kepada SKMM atas kelulusan lesen.

“Juga terima kasih kepada MDV, Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan­nya kerana menyokong dan membiayai SUKE TV sepanjang proses pembanguna­n rangkaian kami,” katanya. industri kreatif melakukan anjakan lebih besar.

“Dalam bersedih, kami tetap gembira dengan lonjakan kerjaya Ahmad Idham.

“Apa yang dilihat, ia membuka ruang lebih besar untuk beliau mengembang­kan industri kreatif ke peringkat global. Kami mengharapk­an Ahmad Idham dapat melaksanak­an tugas baharu dengan lebih cemerlang.

“Ahli Perbadanan FINAS akan segera mengemukak­an surat peletakan jawatan Ahmad Idham kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa untuk kelulusan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia