Berita Harian

‘Saya bangga, sukar dipercayai’

-

Ronaldo tak jangka ledak dua gol bantu United menang pada hari kepulangan

Manchester: Cristiano Ronaldo mengakui kepulangan ‘sukar dipercayai’ ke Manchester United melebihi jangkaanny­a sendiri apabila bintang Portugal itu meledak dua gol ketika menang 4-1 mengatasi Newcastle United di sini, kelmarin.

Ronaldo kembali ke United dari Juventus bulan lalu, 12 tahun selepas meninggalk­an Old Trafford bagi menyertai Real Madrid. Pemain berusia 36 tahun itu menandakan kemunculan keduanya bersama United dengan gaya tersendiri menerusi gol pada keduadua babak di depan 76,000 penonton.

Dua gol Ronaldo diikuti jaringan Bruno Fernandes dan Jesse Lingard meletakkan United kini di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL). Ia berlaku lebih baik daripada apa

Bruno Fernandes (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Ronaldo selepas menjaringk­an gol ketiga United pada aksi EPL menentang Newcastle di Old Trafford. United menang 4-1.

dibayangka­n Ronaldo ketika dia memakai jersi nombor tujuh United sekali lagi.

“Saya tidak jangkakan meledak dua gol. Saya jangkakan satu tidak dua. Saya perlu menghargai penyokong dan apa dilakukan mereka kepada saya hari ini. Saya rasa sangat bangga melakukann­ya,” katanya kepada BBC Sport.

“Sudah tentu saya gembira menjaringk­an gol, saya tidak menafikann­ya tetapi perkara paling penting ialah pasukan dan mereka bermain bagus.

“Ia sukar dipercayai. Ketika saya memulakan perlawanan saya sangat gementar, saya bersumpah. Saya tidak menjangkak­an mereka akan menyanyika­n nama saya sepanjang perlawanan.

“Saya sangat gementar, mungkin saya tidak menunjukka­nnya, tetapi ia benar. Sambutan menakjubka­n tetapi saya di sini untuk menang dan membantu pasukan,” kata Ronaldo. AFP

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia