Berita Harian

Raducanu cipta sensasi

-

London: Penyerang Chelsea, Romelu Lukaku meledak di Stamford Bridge buat kali pertama ketika dua jaringanny­a memastikan kemenangan 3-0 mengatasi Aston Villa, kelmarin.

Dia kini menjaringk­an tiga gol dalam tiga penampilan termasuk satu ketika bertemu Arsenal bulan lalu.

Lukaku yang sebelum ini beraksi buat Chelsea dari 2011 hingga 2014, kembali bersama Blues selepas perpindaha­n dari Inter Milan pada penamat musim. Pemain berusia 28 tahun itu tidak pernah meledak gol di depan peminat Chelsea di laman sendiri sebelum ini, tetapi dia menamatkan kemarau itu pada babak pertama bagi menggembir­akan 40,000 penyokong.

Mateo Kovacic menjaringk­an gol kedua Chelsea dan Lukaku kembali menemui gol pada minit akhir ketika juara Eropah itu mencatat tiga kemenangan daripada empat saingan awal liga.

Skuad kendalian Thomas Tuchel kini ditangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL), di belakang Manchester United berdasarka­n jaringan gol. Chelsea kini kelab kedua selepas United, menang 600 perlawanan liga.

Sambil memuji impak dicipta Lukaku, Tuchel berkata: “Dia penuh yakin dan sedar apa yang mahu dilakukann­ya. Dia sangat yakin menjaringk­an gol, jadi dia banyak membantu kami.”

“Ia bukan kemenangan selesa. Mereka banyak menyukarka­n kami, terutama pada babak pertama,” katanya.

Dalam pada itu, Arsenal mengurangk­an tekanan terhadap pengurusny­a, Mikel Arteta menerusi kemenangan pertama dalam EPL musim ini selepas gol Pierreemer­ick

Aubameyang membenam Norwich 1-0.

Gol kemenangan kapten Gunners itu pada minit ke-66 melepaskan tekanan semakin memuncak di Stadium Emirates seterusnya mengangkat pasukan itu dari kedudukan terbawah liga.

Arteta yang dilaporkan diberi empat perlawanan untuk menyelamat­kan jawatannya selepas permulaan terburuk Arsenal dalam liga sepanjang 67 tahun.

AFP

New York: Pemain berusia 18 tahun dari Britain, Emma Raducanu mencipta sensasi apabila menjadi pemain kelayakan pertama merangkul gelaran Grand Slam selepas menewaskan Leylah Fernandez pada final perseorang­an wanita tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), di sini, semalam.

Raducanu yang menduduki ranking ke-150 dunia, menjadi pemain wanita Britain pertama dalam tempoh 44 tahun memenangi Grand Slam selepas mengejutka­n pemain ranking ke-73 dunia itu dengan 6-4, 6-3 sekali gus memenangi hadiah wang tunai AS$2.5 juta (RM10.3 juta).

Sejak Virginia Wade memenangi Wimbledon pada 1977, belum ada pemain Britain memenangi acara perseorang­an wanita Grand Slam dan Raducanu menamatkan kemarau itu dan turut menjadi pemain Britain pertama memenangi Terbuka AS sejak Wade pada 1968.

Ratu Elizabeth II adalah antara yang pertama memberi penghormat­an kepada kemenangan luar biasa Raducanu itu. AFP

Aubameyang (kanan) menjaringk­an gol kemenangan Arsenal ketika mengalahka­n Norwich 1-0 di Stadium Emirates, London, kelmarin.

Emma Raducanu

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia