Berita Harian

Sarawak, NSFC optimis

- Oleh Syafiq Aznan

Elavarasan tetap taruh harapan, Devan yakin peluang jadi juara

syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sekalipun ketinggala­n satu mata di belakang Negeri Sembilan FC (NSFC) ketika saingan berbaki satu perlawanan, pengendali Sarawak United, E Elavarasan tetap percaya mereka masih berpeluang merangkul kejuaraan Liga Perdana.

Kekalahan tipis 1-0 ke atas skuad Jang pada Jumaat lalu menyaksika­n mereka terlepas peluang untuk mengesahka­n kejuaraan divisyen dua itu musim ini, sekali gus juara hanya dapat ditentukan pada aksi terakhir saingan Jumaat ini.

Justeru, Elavarasan menegaskan anak buahnya akan tetap berjuang walaupun pasukan terakhir yang bakal menanti mereka adalah Johor Darul Ta‘zim II (JDTII) yang pasti memberikan saingan sengit.

“Bola itu bulat. Apa sahaja boleh terjadi. Susah nak cakap jadi sehingga perlawanan terakhir, baru kita tahu. Mungkin ada peluang (juarai Liga Perdana) kerana mereka (NSFC) tak dapat turunkan penyerang utama.

“Lawan mereka, PDRM pun mahu layak ke Piala Malaysia. Pemain saya tidak akan berputus asa dan terus berusaha untuk mendapatka­n keputusan yang terbaik walaupun berdepan JDTII,” katanya.

Sementara itu, pengendali NSFC, K Devan juga optimis dengan peluang mereka untuk muncul juara Liga Perdana sekali gus mara ke Liga Super

musim depan dengan lebih bergaya selepas menundukka­n Sarawak United yang menjadi pencabar terhebat mereka musim ini.

Katanya, dengan aksi terakhir berlangsun­g di laman sendiri, situasi itu pasti memberikan tonik terbaik untuk anak buahnya dalam misi merangkul trofi Liga Perdana itu.

“Saya yakin dengan prestasi pasukan sejak kebelakang­an ini apabila kami menang di tempat sendiri dan lawan seperti ke atas Kuching City FC tempoh hari, kami berpeluang meraih kejuaraan Liga Perdana,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia