Berita Harian

Dua pasukan wakili negara

-

Kuala Lumpur: Dua wakil negara, Selangor MAC dan Pahang Rangers akan berentap pada saingan Piala Futsal AFF 2021 di Thailand bermula 13 hingga 17 September ini.

Saingan kali ini membabitka­n pertembung­an antara lima pasukan yang turut disertai dua wakil tuan rumah, Port Futsal Club dan Freefire Bluewave Chonburi serta wakil dari Kemboja, Mohahang All Star FC.

Hanya lima pasukan mengesahka­n penyertaan pada edisi kali ini selepas wakil Vietnam dan Indonesia menarik diri.

Mengulas mengenai kejohanan terbabit, ketua jurulatih Pahang Rangers, Gerard Casas menegaskan pasukannya akan tetap tampil bertenaga sekalipun bertandang ke Thailand tanpa kelibat beberapa tonggak utamanya termasuk bintang import, Victor Espindola.

Turut tidak bersama naib juara Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) 2019 ke Thailand adalah tiga pemain kebangsaan yang mengalami kecederaan iaitu Saiful Nizam Mohd Ali, Abu Haniffa Hassan dan Farikh Khabibor.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad negara ke Piala Futsal AFF adalah pada edisi 2015 menerusi FELDA United yang meraih kedudukan kedua apabila tewas 5-0 di tangan pasukan Thailand, Port FC pada aksi final.

Pemain Sarawak United FC, Sandro Da Silva Mendonca (kiri) diasak pemain Negeri Sembilan FC, Beomgeun Bae pada saingan Liga Perdana di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat lalu.

Kuala Lumpur: Penggantun­gan perlawanan dan denda dijangka menanti pemain dan pegawai Sarawak United selepas mereka didapati menyerang pengadil ketika perlawanan Liga Perdana bertemu Negeri Sembilan FC (NSFC) di Cheras, di sini, Jumaat lalu.

Meskipun belum diketahui sama ada kes terbabit akan ‘sampai’ ke pengetahua­n Jawatankua­sa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ‘sejarah’ sebelum ini memberi bayangan mengenai bentuk hukuman yang mungkin dikenakan.

Sekalipun pengadil perlawanan tidak melayangka­n kad merah kepada pemain Sarawak

United atas serangan terbabit, mereka tampak tidak boleh lega memandangk­an hukuman akan tetap dikenakan jika didapati melanggar peruntukan ditetapkan.

Berdasarka­n insiden membabitka­n pengadil yang pernah berlaku sebelum ini, pemain tengah Johor Darul Ta‘zim (JDT) Natxo Insa digantung dua perlawanan dan denda sebanyak RM10,000 susulan tindakanny­a ‘menolak’ pengadil perlawanan, Noor Azriel Baharudin.

Kesalahan dilakukan pemain berdarah campuran itu ketika aksi antara skuad Harimau Selatan bertemu Perak FC di Stadium Perak, Ipoh pada 21 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu menjelaska­n Natxo melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemanga­t sukan pada perlawanan terbabit.

Namun Baljit mengesahka­n hanya satu penggantun­gan perlawanan dikenakan terlebih dahulu sementara baki satu lagi perlawanan adalah ditangguh tertakluk kepada kelakuan baik pemain ini dalam tempoh lapan bulan dari tarikh surat diterima.

Bukan itu sahaja, badan induk itu juga pernah mengenakan penggantun­gan empat perlawanan dan mengenakan denda keseluruha­n sebanyak RM35,000 kepada pegawai pasukan Terengganu FC (TFC) atas insiden membabitka­n pengadil.

Hukuman terbabit dikenakan selepas mereka melanggar Artikel 54 (b) Kod Tatatertib FAM iaitu perlakuan pegawai pasukan TFC terhadap kumpulan pengadil pada aksi bertemu Sabah FC, 21 Mac lalu.

Selain itu, mereka juga melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang tidak bersemanga­t sukan dan cubaan menyerang kumpulan pengadil pada aksi terbabit.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia