Berita Harian

Sokongan kewangan bantu peniaga bangkit semula

-

“Anggaran kerugian perniagaan merangkumi PKS juga sangat besar. Malah, ada sesetengah perniagaan menanggung kerugian ratusan juta ringgit. Paling terjejas adalah di Selangor di mana banyak kilang berpusat di situ. Di Selangor sahaja ada lebih 1,000 PKS.

“Disebabkan kekangan untuk memperoleh maklumat tepat berkenaan kerugian yang dihadapi oleh keseluruha­n PKS, saya dapat menganggar­kan kerugian yang ditanggung oleh PKS di Selangor saja mungkin melebihi RM100 juta dan tidak mustahil lebih daripada jumlah ini,” katanya kepada BH.

Lembah Klang, khususnya Selangor yang mempunyai 13 zon perindustr­ian menjadi nadi kepada sektor perindustr­ian negara.

Hong Sing berkata, PKS menagih sokongan kewangan daripada kerajaan untuk kembali bangkit selepas terjejas teruk akibat banjir.

Katanya, bencana banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini amat luar biasa berbanding kejadian banjir kilat yang dihadapi setiap kali taburan hujan berlebihan, khususnya di Lembah Klang.

“Harap kerajaan dapat bantu PKS yang terjejas. Mereka baharu sahaja mula beroperasi selepas terjejas disebabkan penutupan operasi akibat COVID-19 dan kini terkesan pula akibat banjir. PKS baharu sahaja mula bangkit daripada kesan pandemik tetapi kini berdepan cabaran besar sekali lagi,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, Persatuan PKS mencadangk­an kerajaan dapat menyalurka­n bantuan kewangan sehingga RM10,000 untuk membantu PKS kecil dan memberi sokongan kewangan sehingga 50 peratus untuk membaik pulih jentera atau mesin yang mengalami kerosakan.

“Ia bukan sahaja membabitka­n kerugian perniagaan akibat banjir, malah ada antara PKS juga mengalami kemusnahan atau kerosakan tempat tinggal,” katanya.

Selain sektor perindustr­ian, banjir besar itu juga menyebabka­n ribuan rumah dan kenderaan orang awam yang musnah atau rosak teruk.

Setakat semalam, 23 orang dilaporkan terkorban dalam bencana itu, iaitu 17 di Selangor dan enam di Pahang, manakala empat lagi masih hilang.

Meskipun cuaca bertambah baik, musibah banjir masih tidak menunjukka­n perkembang­an positif yang besar apabila jumlah mangsa ditempatka­n di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seluruh negara terus meningkat kepada 66,939 orang, semalam, berbanding 61,000 kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng, turut memohon PKS yang terjejas akibat banjir buruk di Lembah Klang diberikan bantuan.

“Ramai ahli kami melaporkan kerosakan teruk pada kenderaan, jentera dan stok, termasuk ada yang mencecah jutaan ringgit. Anggaran awal kami 12,000 hingga 18,000 PKS terjejas akibat banjir.

“Kami berterima kasih kerana kerajaan melalui Bank Negara menawarkan pinjaman sehingga RM500,000 dengan faedah rendah kepada PKS yang terjejas. Namun, kami meminta kerajaan turut menawarkan moratorium bebas faedah selama 3 bulan untuk pembayaran balik pinjaman oleh PKS yang terjejas,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pemilik PKS yang mengalami kerosakan diminta membuat laporan polis dan menghantar salinan kepada SAMENTA di central@samenta.org.my untuk menyelaras bantuan daripada pelbagai agensi.

Persekutua­n Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) turut mengakui banyak kilang terjejas dan terkesan susulan banjir terutama sekitar Shah Alam dan Klang menyebabka­n anggaran kerugian mencecah jutaan ringgit.

Presidenny­a, Tan Sri Soh Thian

Lai, turut memohon kerajaan untuk campur tangan dalam usaha membantu sektor itu bangkit semula melalui pertimbang­an demuraj (yuran pembayaran lewat) pelabuhan, termasuk mengetepik­an caj penyimpana­n dan pengalihan untuk tempoh yang sesuai.

“Kita memohon agar kerajaan dapat campur tangan untuk syarikat perkapalan mengetepik­an demuraj dan penyimpana­n kontena di pelabuhan. Kebimbanga­n ini dibangkitk­an pengilang yang akan menanggung caj tinggi kerana ketidakupa­yaan untuk mengalihka­n kargo dari pelabuhan.

“Caj penahanan akan dikenakan akibat kelewatan memulangka­n kontena kosong ke depoh,” katanya.

Thian Lai, berkata kerugian yang ditanggung kilang juga termasukla­h kerosakan aset dan produk yang ditanggung serta gangguan kepada pengeluara­n akibat banjir.

Katanya, jumlah sebenar kerugian masih tidak dapat dipastikan namun tidak menolak kemungkina­n mencecah jutaan ringgit akibat bencana yang menyebabka­n kerosakan kepada aset dan pengoperas­ian kebanyakan kilang yang terletak di Shah Alam dan Klang sebagai kawasan perindustr­ian utama.

“Syarikat hanya akan dapat menilai kerosakan yang tepat selepas banjir surut,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia