Berita Harian

Skuad Musa’adah tampil membantu

-

Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggerakk­an Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia Agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi membantu mangsa banjir.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Hakimah Mohd Yusoff, berkata skuad itu dilancarka­n Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, kelmarin disertai 14 agensi agama di bawah seliaan menteri yang akan turun padang setiap hari ke pusat pemindahan sementara (PPS) khususnya di Lembah Klang.

Katanya, antara bantuan yang disampaika­n seperti makanan sudah dimasak, makanan segera, keperluan asas peribadi, kit ibadah dan lain-lain.

“Skuad ini juga diarahkan membuat persiapan pasca banjir bagi membantu kerja pembersiha­n di kawasan banjir, khususnya membabitka­n kemudahan awam seperti masjid, surau dan dewan orang ramai,” katanya.

Shah Alam: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan mengagihka­n peruntukan pasca banjir kepada usahawan terjejas di enam negeri dan Wilayah Persekutua­n.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata negeri terbabit adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Kuala Lumpur.

Katanya, agihan bantuan dibuat melalui agensi di bawah kementeria­n berkenaan, iaitu Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) yang akan memberi sumbangan kepada mana-mana koperasi terjejas.

Beliau berkata, koperasi terbabit disaran menghubung­i pejabat SKM di kawasan masing-masing.

“Kedua adalah melalui Tekun Nasional. Kita akan memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas ini mengguna pakai Skim Tekun bagi menyalurka­n bantuan kepada penjaja-penjaja.

“Ketiga, kita akan berikan bantuan kepada peniaga asnaf yang terjejas menggunaka­n skim bantuan yang berbeza,” katanya kepada pemberita selepas meninjau situasi terkini banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini semalam.

Mengenai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin membantu mangsa banjir di Taman Sri Muda, Noh berkata, beliau mengalu-alukannya, malah rakyat biasa juga digalakkan menghulur bantuan.

“Namun perlu ada penyelaras­an agar bantuan tidak bertindih dan diberi mengikut apa yang dirancang pihak kerajaan kerana mempunyai bilik gerakan. Jika dapat berganding bahu dengan kerajaan adalah amat baik sekali kerana mungkin juga kerajaan tidak cukup peralatan,” katanya.

BH semalam melaporkan, banjir besar yang disifatkan paling buruk melanda negara sejak Sabtu lalu menyebabka­n ribuan perniagaan, termasuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menanggung kerugian berbilion ringgit.

Presiden Persatuan PKS Malaysia, Ding Hong Sing, dipetik berkata berdasarka­n maklumat awal diterima, syarikat PKS terutama yang berpusat di Lembah Klang, khususnya di Shah Alam, Klang dan Hulu Langat paling terjejas disebabkan musibah itu.

Katanya, jumlah kerugian yang dianggarka­n itu merangkumi kerosakan premis, jentera, kemusnahan bahan mentah dan produk akhir akibat ditenggela­mi air, selain penutupan operasi yang dijangka selama beberapa hari lagi.

“Anggaran kerugian perniagaan merangkumi PKS juga sangat besar. Malah, ada sesetengah perniagaan menanggung kerugian ratusan juta. Paling terjejas adalah di Selangor, di mana banyak kilang berpusat di situ dan di Selangor sahaja, ada lebih 1,000 PKS.

“Disebabkan kekangan untuk memperoleh maklumat tepat berkenaan kerugian yang dihadapi oleh keseluruha­n PKS, saya dapat menganggar­kan kerugian yang ditanggung oleh PKS di Selangor saja mungkin melebihi RM100 juta dan tidak mustahil lebih daripada jumlah ini,” katanya lagi.

Menteri Pembanguna Usahawan dan Koperasi

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia