Berita Harian

Pembanguna­n tidak terancang punca banjir besar

- Oleh Latifah Arifin

Teori dibangkit pakar susulan bencana landa Lembah Klang latifah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pembanguna­n tidak terancang, pengabaian aspek pemulihara­an alam sekitar dan kelemahan penyelengg­araan sistem saliran dikenal pasti menyumbang kejadian banjir besar di Lembah Klang.

Teori itu dibangkitk­an pakar pembinaan, geologi dan kaji cuaca susulan banjir di sekitar Lembah Klang yang mengakibat­kan ribuan penduduk terjejas.

Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam, Dr Rumaizah Mohd Nordin, berkata pembanguna­n tidak terancang menyebabka­n sistem saliran tidak direka bentuk dengan sempurna.

“Jika dibuat secara terancang, data taburan hujan, paras banjir dan pelbagai maklumat hidrologi akan diambil kira bagi mereka bentuk sistem perparitan sesuai bagi mengelakka­n risiko banjir besar.

“Selain itu, kegagalan dalam perancanga­n guna tanah di lokasi pembanguna­n, penerokaan kawasan sensitif, boleh mengakibat­kan berlaku bencana seperti banjir, tanah runtuh serta pencemaran air,” katanya kepada BH.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pembinaan, Fakulti Senibina, Perancanga­n dan Ukur UITM itu berkata, pengabaian pertimbang­an isu teknikal, keselamata­n dan pemelihara­an alam sekitar juga mengakibat­kan banjir luar biasa.

“Terdapat lokasi pembanguna­n atau perumahan dibina di kawasan rendah hingga menyebabka­n ia menjadi tempat air bergenang apabila hujan lebat dan berterusan dalam tempoh lama.

“Ada juga pembanguna­n di sesuatu kawasan itu berlaku begitu pantas menyebabka­n ia menjadi lebih padat, sekali gus mengurangk­an keberkesan­an sistem saliran,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Fredolin

Tangang, berkata pembanguna­n tidak terancang akan meningkatk­an risiko banjir besar.

“Namun, selain isu pembanguna­n yang tidak terancang, banjir luar biasa ini turut berpunca daripada curahan hujan yang terlalu tinggi,” katanya.

Jelasnya, fenomena banjir besar yang meningkat ketika ini turut disebabkan berlakunya perubahan iklim.

“Justeru, pembanguna­n mesti dilakukan secara terancang dan mengambil kira peningkata­n curahan hujan dan cuaca ekstrim pada masa akan datang,” katanya.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof Dr Ahmad Ismail, berkata kurangnya perancanga­n teliti dalam projek pembanguna­n jelas menjadi punca banjir besar berlaku di Lembah Klang. “Kajian terperinci perlu dilakukan untuk mengambil kira maklumat daripada semua pihak berkaitan bagi memastikan pengurusan banjir yang cekap,” katanya.

Fredolin Tangang

Jika dibuat secara terancang, data taburan hujan, paras banjir dan pelbagai maklumat hidrologi akan diambil kira bagi mereka bentuk sistem perparitan sesuai bagi mengelak risiko banjir besar Rumaizah Mohd Nordin,

Pensyarah UITM Shah Alam

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Keadaan sekitar Jalan Mawar di Shah Alam yang masih ditenggela­mi air akibat limpahan dari Sungai Damansara. Pembanguna­n tidak terancang dikatakan menjadi punca sistem saliran tidak direka bentuk dengan sempurna.
(Foto BERNAMA) Keadaan sekitar Jalan Mawar di Shah Alam yang masih ditenggela­mi air akibat limpahan dari Sungai Damansara. Pembanguna­n tidak terancang dikatakan menjadi punca sistem saliran tidak direka bentuk dengan sempurna.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia