Berita Harian

Tindakan kawal kenderaan bagi elak kesesakan

- Oleh Samadi Ahmad

Shah Alam: Tindakan pihak berkuasa mengawal kenderaan awam masuk ke lokasi banjir di sini bagi mengelak kesesakan ketika operasi menyelamat mangsa bencana sedang dilaksanak­an, bukan menghalang badan bukan kerajaan (NGO) atau sukarelawa­n menghantar makanan seperti dakwaan yang ditularkan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata ketika kejadian yang ditularkan melalui aplikasi Tik Tok itu, pasukan penyelamat sedang menjalanka­n operasi menyelamat dan memindahka­n mangsa.

“Semasa kejadian, polis bersama agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang bertungkus lumus menyelamat dan mengeluark­an mangsa banjir dari kawasan Sri Muda yang ditenggela­mi air.

“Jadi, hanya sebahagian kenderaan NGO dibenarkan masuk dan kebanyakan kenderaan orang awam tidak dibenarkan masuk dan keluar tanpa kebenaran. Ini bertujuan mengelakka­n kesesakan dan memberi laluan kepada lori yang keluar masuk membawa mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Baharudin berkata, tindakan mengawal kenderaan awam masuk ke lokasi banjir adalah bagi mengelakka­n kejadian yang lebih buruk memandangk­an paras air sungai semakin meningkat pada masa itu.

“Polis khuatir kesesakan di lokasi akan tambah memudaratk­an semua pihak, menyukarka­n lagi proses menyelamat nyawa mangsa. Keprihatin­an semua NGO dan orang awam amat dihargai dalam membantu mangsa banjir, namun semua pihak diminta patuh arahan pihak berkuasa supaya memudahkan proses menyelamat mangsa,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil tindakan segera bagi menyampaik­an bantuan makanan kepada mangsa yang terjejas banjir dengan agihan turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, tular di Tik Tok dakwaan pihak yang dihalang menyampaik­an sumbangan makanan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda.

Minta letak gambar bernikah sebagai ‘wallpaper’ di telefon pintar

Sepang: “Arwah suami minta saya letakkan gambar kami bernikah sebagai ‘wallpaper’ telefon ketika menghantar saya ke tempat kerja Sabtu lalu, sebelum dia hilang pada petang itu,” kata Siti Haida Aliza, 26.

Siti Haida adalah isteri Allahyarha­m Muhamad Syafiq Saharuddin, 26, yang ditemui lemas di tali air berhampira­n Desa Salak Pekerti, Kampung Labu Lanjut, kelmarin.

Katanya, suaminya menghantar dia ke tempat kerja di Nilai, Negeri Sembilan sebelah pagi kejadian dan selepas itu arwah ke Batang Kali, Selangor untuk menghadiri majlis perkahwina­n seorang rakan.

“Saya tak sangka hasrat suami mahu menjadikan gambar pernikahan kami sebagai ‘wallpaper’ bertujuan mengabdika­n kenangan kami berdua buat selama-lamanya,” katanya menambah kejadian itu sangat meruntun jiwanya kerana mereka berdua baru seminggu bernikah selepas lapan tahun menjalin persahabat­an.

Shah Alam: Proses menyedut air banjir dari kawasan yang masih tergenang di negeri ini bermula dengan penggunaan pam air untuk disalurkan ke sungai dan parit besar berdekatan.

EXCO Infrastruk­tur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim, berkata sejak malam kelmarin, beberapa pam air telah diterima kerajaan negeri daripada pihak luar termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri-negeri lain dan kerajaan Persekutua­n.

“Pam-pam ini kemudian dihantar ke tempat yang memerlukan seperti Jalan Kebun Bunga dan Batu Tiga serta Taman Sri Muda di Shah Alam dan kerja-kerja pengepaman air telah bermula pada malam tadi (kelmarin),” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata di Klang sahaja, lebih 50 pam air digunakan bagi tujuan itu.

Dalam perkembang­an berkaitan,

Selepas bernikah pada 12 Disember lalu, katanya, arwah mengambil cuti sehingga majlis persanding­an kerana memaklumka­n ingin menghabisk­an masa dengan bersama sepanjang cuti di rumah sewa di Kampung Baru Lanjut.

“Petang sebelum kejadian, arwah ada menghubung­i saya memaklumka­n rumah sewa kami dinaiki air dan tidak menyangka air naik tinggi. Saya beritahu arwah supaya mengambil barangan dan pakaian persanding­an dan tidak menyangka air naik tinggi,” katanya.

Katanya, berita kehilangan Allahyarha­m dimaklumka­n oleh rakan, namun dia mengambil sikap positif bahawa suaminya selamat dan tidak dapat dihubungi sepanjang malam kerana masalah Izham memaklumka­n, tumpuan kerajaan negeri pada fasa kedua adalah kerja-kerja pembersiha­n yang disifatkan­nya bukan tugas mudah terutama disebabkan banjir kali ini agak serius.

“Jadi kerajaan negeri akan menyediaka­n peralatan pam khas untuk membersihk­an lokasi banjir yang sudah pulih seperti “water jet’. Pelan berkenaan akan diumumkan secara terperinci oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari,” katanya.

Sementara itu, katanya, sebanyak 400 pencawang elektrik di negeri ini masih tidak dapat berfungsi ekoran banjir sejak Jumaat lalu berdasarka­n maklumat daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Masalah utama adalah bekalan elektrik, semalam perbincang­an (TNB memaklumka­n), daripada kira-kira 1,000 pencawang elektrik di seluruh Selangor, 400 masih belum dapat dihidupkan cuaca.

“Malam itu saya balik ke rumah ibu bapa di Nilai kerana esok (Ahad) akan mengadakan majlis kahwin di Senawang. Sepanjang malam, saya cuba menghubung­i arwah, namun gagal dan sepanjang malam tidak dapat melelapkan mata memikirkan keselamata­n dia.

“Pagi bersiap untuk ke tempat majlis perkahwina­n, ahli keluarga memaklumka­n arwah dijumpai lemas dan ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ketika ingin meraikan majlis bersejarah hidup kami,” katanya.

Siti Haida berkata, dia reda dengan ketentuan Allah SWT walaupun baru seminggu melangsung­kan perkahwina­n.

Jenazah Muhamad Syafiq disembahya­ngkan di Masjid Kampung balik. Jumlah itu sangat banyak, ia memberikan kesan kepada kawasan perumahan, kilang, pam air sejak beberapa hari lalu.

“Ramai buat aduan sebab semua operasi guna bekalan elektrik, termasuk bekalan air. Loji

Lanjut dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lanjut selepas Zuhur semalam. Turut hadir, ibunya, Fatimah Taib, 53, dan bapa, Saharuddin Mat, 53.

Sementara itu, Saharuddin berkata, kali terakhir dia berjumpa anaknya pada petang Jumaat lalu, tetapi tidak sempat bersembang kerana mempunyai urusan lain.

Katanya, dua hari sebelum meninggal dunia, anaknya menghadiah­kan al-quran terjemahan dan dia gembira kerana sudah lama mahu memilikiny­a.

“Sebelum ini arwah kelihatan sangat gembira kerana cita-citanya untuk berumahtan­gga dengan gadis pilihan tercapai. Saya reda dengan pemergiann­ya,” katanya. banyak tutup sebab bekalan elektrik terganggu, begitu juga talian komunikasi,” katanya menambah, satu mesyuarat akan diadakan bagi memperinci­kan perkara berkenaan dengan pihak berkaitan.

 ?? (Foto Samadi Ahmad/bh) ?? Siti Haida ditemani Saharuddin ketika hadir pada majlis pengebumia­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lanjut.
(Foto Samadi Ahmad/bh) Siti Haida ditemani Saharuddin ketika hadir pada majlis pengebumia­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lanjut.
 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? JPS memulakan kerja mengepam air dari kawasan banjir ke sungai di kunci air Sungai Rasau bagi mengurangk­an paras banjir di kawasan yang terjejas.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) JPS memulakan kerja mengepam air dari kawasan banjir ke sungai di kunci air Sungai Rasau bagi mengurangk­an paras banjir di kawasan yang terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia