Berita Harian

Isu gaji sederhana perlu ditangani

- Oleh Latifah Arifin

Graduan ceburi pekerjaan tak sepadan pendidikan mesti diberi tumpuan latifah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Negara dijangka terus berada dalam ‘perangkap pendapatan sederhana’ bersama pertumbuha­n ekonomi yang perlahan, sekiranya isu graduan terpaksa menceburi pekerjaan tidak sepadan pendidikan dan kemahiran tinggi dimiliki mereka, gagal ditangani secara berkesan.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Penciptaan Nilai dan

Kesejahter­aan Insan (INSAN), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Wye Chung Khain, berkata ini kerana jika sumber tenaga berkemahir­an tinggi itu tidak dimanfaatk­an sepenuhnya, negara tidak akan mampu menghasilk­an barangan dan perkhidmat­an bernilai tambah tinggi.

Beliau berkata, keadaan itu bukan sahaja memberi impak secara langsung terhadap negara, tetapi juga menjejaska­n daya produktivi­ti graduan kerana tidak dapat menerapkan ilmu pengetahua­n dan kemahiran tinggi mereka dalam pekerjaan.

“Jika masalah ketidakpad­anan ini berlanjuta­n dalam tempoh panjang, dikhuatiri perolehan seumur hidup mereka akan terjejas,” katanya kepada BH.

Malah, Chung Khain berkata, isu berkenaan sekali gus mendedahka­n kepincanga­n dalam proses perancanga­n tenaga kerja.

“Keperluan pasaran buruh kurang disampaika­n kepada penyedia pendidikan, manakala kurikulum program akademik pada peringkat tertiari kurang menggambar­kan keperluan kemahiran dalam alam pekerjaan sebenar.

“Selain itu, usaha menarik pelaburan langsung asing kurang menumpukan penghasila­n barangan berteknolo­gi tinggi bagi memanfaatk­an penawaran buruh berkemahir­an tinggi sedia

Pensyarah Kanan INSAN, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM ada di negara ini. Maka, peluang pekerjaan tidak tercipta bagi menyerap buruh mahir,” katanya.

Justeru, beliau berkata, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu diarusperd­anakan supaya menjadi pilihan utama pelajar.

Katanya, usaha itu dilihat berupaya memacu kerjasama dengan syarikat terkemuka, dalam penyediaan latihan teknikal kepada institusi TVET.

Sementara itu, Felo Penyelidik

Majlis Belia Malaysia (MBM), Sivanesan Tamil Selvam, berkata kerajaan perlu melaksanak­an beberapa tindakan bagi menangani isu itu.

“Kementeria­n Sumber Manusia perlu menumpukan pembentuka­n kebolehan pekerja melalui peningkata­n kemahiran teras dan kemahiran proses, serta pemupukan personalit­i yang baik.

“Selain itu, masalah kepincanga­n gaji akibat isu ketidakpad­anan berkenaan juga perlu diselesaik­an, dengan mengkaji semula penstruktu­ran gaji minimum pekerja selari dengan kelayakan pendidikan,” katanya.

Beliau turut berpandang­an, Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) perlu membuat kajian pasaran buruh di dalam dan luar negara bagi mewujudkan program pengajian mampu menampung keperluan pasaran tanpa menjejaska­n kualiti serta gaji graduan muda.

 ?? (Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) ??
(Foto Nur Aisyah Mazalan/bh)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia