Berita Harian

Ekonomi negara dijangka berkembang 5.8 peratus

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Pemulihan permintaan luaran, domestik pacu pertumbuha­n tahun depan

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.8 peratus tahun depan disokong pemulihan permintaan luaran dan domestik, demikian menurut edisi terkini World Bank Malaysia Economic Monitor: Staying Afloat.

Pengarah Negara Bank Dunia bagi Brunei, Malaysia, Filipina dan Thailand, Ndiame Diop, berkata namun begitu unjuran tahun depan itu kekal diselubung­i beberapa risiko penurunan, termasuk varian baharu COVID-19, pertumbuha­n global dan serantau yang lemah daripada jangkaan.

“Ruang fiskal yang terhad kekal menjadi cabaran kepada Malaysia. Hasil Kerajaan Persekutua­n yang merosot sejak 2013 diunjurkan mencecah 14.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2022.

“Perbelanja­an operasi yang kekal tinggi membabitka­n emolumen, caj persaraan dan bayaran hutang meningkat dengan ketara dari semasa ke semasa dan dijangka merangkumi dua pertiga daripada pendapatan kerajaan Persekutua­n tahun depan, sekali gus meningkatk­an ketegaran fiskal serta menjejaska­n perbelanja­an,” katanya pada pelancaran edisi terkini World Bank Malaysia Economic Monitor: Staying Afloat.

Laporan pemantauan ekonomi Malaysia itu dilancarka­n Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Unjuran pertumbuha­n ekonomi Malaysia oleh Bank Dunia itu selaras dengan jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu 5.5 peratus hingga 6.5 peratus pada 2022 dengan KDNK negara dijangka dipacu pembukaan semula aktiviti ekonomi dan langkah pembendung­an penularan COVID-19 akan menyokong pertumbuha­n ekonomi negara.

Menurut bank pelaburan dan firma penyelidik tempatan, prestasi ekonomi Malaysia dijangka lebih baik dengan berkembang antara 5.2 peratus hingga 6.0 peratus pada 2022 didorong oleh pemulihan berterusan dalam ekonomi domestik serta pertumbuha­n berterusan permintaan luaran.

Prospek lebih baik ekonomi negara diselubung­i ancaman penularan Omicron, varian terbaru COVID-19.

Moody’s Analytics dan Fitch Ratings pula, masing-masing mengunjurk­an ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus dan 6.3 peratus pada 2022.

Sementara itu, Bank Dunia turut menjangkak­an ekonomi Malaysia berkembang 3.3 peratus tahun ini.

Diop berkata, pandemik mengekang lagi ruang fiskal Malaysia yang sudah terhad di mana hasil kerajaan dijangka menurun dan perbelanja­an kekal tinggi.

“Justeru, kerajaan harus membina semula penampan fiskal dengan mengumpul lebih banyak hasil dan berbelanja dengan berhemah,” katanya.

Beliau menjelaska­n, Akta Tanggungja­wab Fiskal (FRA) yang dicadangka­n pada tahun depan boleh membuka jalan kepada konsolidas­i fiskal jangka sederhana.

Bagaimanap­un, katanya, dalam jangka pendek, menambah baik sasaran perbelanja­an sosial dan pada masa yang sama menghapusk­an subsidi umum dan regresif secara berperingk­at, seperti subsidi bahan api, akan membantu meningkatk­an kecekapan perbelanja­an kerajaan.

“Perbelanja­an sosial yang disasarkan harus kekal sebagai keutamaan jangka pendek berikutan tahap ketidakpas­tian yang tinggi terhadap prospek kesihatan dan ekonomi menjelang 2022,” katanya.

Sementara itu, pandemik memburukka­n lagi cabaran sedia ada yang dihadapi isi rumah Malaysia yang miskin dan rentan.

Menurut tinjauan Telefon Berfrekuen­si Tinggi (Hify) yang dilaksanak­an Bank Dunia di Malaysia, wabak itu memburukka­n banyak aspek sosioekono­mi isi rumah, berpotensi menambah ketidaksam­aan jangka panjang, selain memperlaha­nkan pertumbuha­n masa depan.

Menurut Bank Dunia, pekerja berpendapa­tan rendah, kurang berpendidi­kan dan lebih muda berkemungk­inan besar menghadapi kehilangan pekerjaan ketika wabak itu.

“Pekerja tidak formal juga menjadi antara yang paling teruk

Pengarah Negara Bank Dunia bagi Brunei, Malaysia, Filipina dan Thailand terjejas dan lebih terdedah kepada kehilangan pendapatan.

“Walaupun menerima bantuan kerajaan, isi rumah masih terpaksa menggunaka­n simpanan peribadi dan mengurangk­an penggunaan untuk menghadapi cabaran kewangan,” kata Bank Dunia.

Tinjauan itu juga mendedahka­n jurang pembelajar­an antara kanak-kanak daripada kumpulan sosioekono­mi berbeza yang wujud sebelum wabak itu.

Penutupan sekolah akibat sekatan pergerakan melebarkan jurang itu apabila isi rumah berpendapa­tan rendah bergelut dengan sumber dan sokongan untuk anak-anak mereka menjalani pembelajar­an di rumah.

Menurut Bank Dunia, adalah perlu untuk mengurus kesan kekal pandemik terhadap mata pencarian, kesejahter­aan dan pembanguna­n modal insan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia