Berita Harian

PKS miliki kelebihan tembusi pasaran global

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Penguasaan bahasa beri peluang raih potensi perniagaan

Pasaran e-dagang membabitka­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memiliki ruang yang luas untuk berkembang di pasaran global.

Pengurus Pemasaran dan Pembanguna­n Perniagaan Serantau Alibaba.com, Nianci Phang, berkata PKS Malaysia memiliki kelebihan dalam pelbagai aspek berbanding perusahaan di kebanyakan negara lain di Asia Tenggara khususnya penguasaan bahasa asing.

“Malaysia memiliki keunikan budaya yang membolehka­n rakyat bertutur dalam pelbagai bahasa sekali gus membolehka­n mereka menyesuaik­an diri dengan mana-mana pelanggan global dengan mudah.

“Penguasaan bahasa yang lebih baik PKS di Malaysia memberi kelebihan untuk meraih potensi perniagaan kepada perniagaan (B2B) berbanding PKS di Vietnam dan Thailand yang menyaksika­n bahasa adalah penghalang yang sangat besar bagi mereka.

“Cuma mereka tidak boleh terlalu selesa dengan perniagaan tradisiona­l, sebaliknya perlu meneroka potensi perniagaan e-dagang. Saya lihat COVID-19 mengubah model perniagaan mereka dan ia perkembang­an positif kepada PKS Malaysia,” katanya kepada BH.

Nianci berkata, PKS Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk merebut peluang pasaran global terutama membabitka­n 10 kategori utama iaitu pakaian; produk elektronik pengguna; kecantikan dan penjagaan diri; kediaman dan taman; sukan dan hiburan; jentera; kenderaan dan aksesori; pembungkus­an dan pencetakan; kesihatan dan perubatan; serta jam tangan, perhiasan dan cermin mata.

Katanya, ia disokong 10 kategori yang menjadi tumpuan PKS Malaysia berdagang menerusi Alibaba.com iaitu kesihatan dan perubatan; keselamata­n dan perlindung­an; makanan dan minuman; kenderaan dan aksesori; jentera; kediaman dan taman; pertanian; produk elektronik pengguna; pakaian; serta kecantikan dan penjagaan diri.

“Di Malaysia, menerusi zon perdaganga­n bebas digital, ia menyediaka­n platform bersepadu termasuk pelepasan kastam yang boleh dibuat secara dalam talian. Begitu juga dengan aspek logistik yang boleh dibuat secara digital,” katanya.

Beliau menegaskan, PKS Malaysia juga mendapat sokong kukuh daripada Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mengalih perniagaan kepada digital.

Malah, katanya, Alibaba.com yang platform B2B terkemuka untuk perdaganga­n global menawarkan Program Sokongan Pemulihan Pandemik bagi membantu lebih banyak PKS Malaysia membina keupayaan e-dagang rentas sempadan.

“Program ini menyasarka­n untuk memperkasa­kan sehingga 1,000 PKS menjelang penghujung 2021 dengan kemahiran operasi e-dagang secara amali, ia menyediaka­n akses percuma kepada peserta untuk mengikuti e-kursus khas daripada Alibaba.com ‘Alibaba.com Seller Training E-course (ASTE)’ bagi mempercepa­tkan proses penyesuaia­n diri mereka.

“ASTE adalah sebuah program latihan intensif dalam talian selama dua hari yang menawarkan sesi pembelajar­an dalam talian selama 12 jam yang terbahagi kepada empat modul. Program ini juga dilengkapi dengan bimbingan daripada pakar dan penjual dalam talian yang berpengala­man,” katanya.

Pengurus Pemasaran dan Pembanguna­n Perniagaan Serantau Alibaba.com

Selain daripada memberikan latihan ASTE yang bernilai AS$2,000 (kira-kira RM8,300) secara percuma, e-kursus ini yang asalnya hanya terbuka untuk ahli Alibaba.com yang berbayar, turut menawarkan pelbagai lagi manfaat lain kepada PKS yang mengambil bahagian selepas mereka berjaya melengkapk­an program terbabit.

Ia termasuk diskaun keahlian dan pakej perkhidmat­an kemasukan, kredit pengiklana­n kata kunci sehingga AS$500 (RM2,080) dan baucar Perkhidmat­an Nilai Tambah bernilai AS$600 (RM2,500).

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia