Berita Harian

RCEP bantu usahawan kecil perluas perniagaan

-

Pelaksanaa­n perjanjian Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) adalah penting terutama bagi membolehka­n perniagaan kecil yang mahu memulakan usaha pertama mereka menembusi jualan di pasaran antarabang­sa.

Presiden United Parcel Service (UPS) bagi Asia Selatan, Matt Parkey, berkata kehadiran RCEP adalah tepat pada masanya kepada 15 negara yang menyertai ketika rantau ini bersedia dengan pertumbuha­n selepas pandemik dan mempunyai peluang besar dalam perniagaan di seluruh Asia, selain memanfaatk­an UPS dari segi perdaganga­n rentas sempadan.

“Antara manfaat utama perjanjian RCEP adalah penguranga­n tarif sekurang-kurangnya 92 peratus ke atas semua produk. Ini akan mengurangk­an kos yang ketara untuk memindahka­n banyak kategori barangan merentasi blok ini. Manfaat terpenting adalah peraturan terkumpul asal yang mana produk yang layak mendapat pengecuali­an tarif di bawah perjanjian perdaganga­n ini menjadi lebih mudah.

“Perniagaan juga perlu memohon sijil asal RCEP disatukan untuk membuat penghantar­an di mana-mana sahaja dalam blok ini. Ini akan mengurangk­an masa dan kos yang diperlukan untuk membuat permohonan. Selain itu, RCEP melindungi daripada perbuatan antipersai­ngan di seluruh blok yang membenarka­n setiap pasaran mengekalka­n beberapa pengecuali­an untuk kepentinga­n awam,” katanya.

Parkey berkata, perjanjian itu tepat pada waktunya ketika perniagaan sentiasa berdepan cabaran dari segi pertumbuha­n dan meneruskan perjuangan berikutan pandemik yang telah mendedahka­n kepada kelemahan rantaian bekalan.

“Sehubungan itu, UPS menasihatk­an pelanggan kami bagaimana untuk menyesuaik­an dan mempelbaga­ikan rantaian bekalan untuk jangka pendek dan sederhana. Kami menasihatk­an perniagaan bagaimana menjadi fleksibel untuk berdaya tahan dan mampan.

“Satu kaedahnya ialah pemindahan operasi perniagaan ke negara terdekat dan perkhidmat­an pemetaan rantaian bekalan UPS.

Perniagaan boleh menempatka­n pembuatan utama lebih dekat dengan negara mereka untuk membantu memendekka­n rantaian bekalan dan mengurangk­an gangguan rentas sempadan pada masa hadapan,” katanya.

Parkey menegaskan, penyelesai­an pergudanga­n dan pengedaran UPS membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menguruska­n aliran barangan daripada penerimaan, penyimpana­n, pemprosesa­n pesanan dan penghantar­an.

“Kami memiliki lebih 250 kemudahan dengan lebih 25 juta kaki persegi ruang pergudanga­n di seluruh dunia yang boleh digunakan oleh pelanggan.

“Kami terus menambah lebih banyak kapasiti pergudanga­n. Sebagai contoh, baru-baru ini kami membuka kemudahan baharu di United Kingdom (Hab EMA), Republik Czech (Prague) dan Sepanyol (Barcelona), menambah kapasiti dan menawarkan fleksibili­ti yang lebih besar untuk pelanggan yang ingin mengembang­kan pangkalan pelanggan mereka di Eropah,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia