Berita Harian

MYDIN rugi lebih RM5J akibat banjir

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Kerja pemulihan cawangan terjejas turut babit kos tinggi

Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN), yang mengendali­kan lebih 66 cawangan pasar raya di seluruh negara, menanggung kerugian semasa yang dianggarka­n mencecah lebih RM5 juta akibat bencana banjir yang melanda wilayah tengah baru-baru ini.

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata kerugian dijangka lebih tinggi susulan kerja pemulihan cawanganny­a dalam tempoh tiga bulan akan datang.

“Bencana banjir yang melanda negara terutama di Selangor baru-baru ini adalah fenomena alam yang tidak dapat kita elakkan.

“Kerugian yang berlaku disebabkan banjir adalah sudah pasti, tetapi kerugian ke hadapan itu kita tidak dapat nilaikan lagi.

“Cawangan MYDIN yang dinaiki air perlu dilaksanak­an proses pemulihan dan sudah pasti akan terdapat kos di situ. Ibarat kita perlu (Foto hiasan) membuka semula kedai yang baharu.

“Ia akan mengambil masa dalam tempoh tiga bulan dan sepanjang tempoh itu kos operasi masih berjalan seperti bayaran gaji pekerja, utiliti dan sewaan,” katanya ketika dihubungi BH semalam.

Ameer berkata, kesukaran lain yang dihadapi oleh MYDIN ketika ini juga adalah gangguan rantaian bekalan yang menyebabka­n kekurangan stok barangan keperluan harian.

Beliau berkata, ini kerana Selangor adalah kawasan tumpuan kepada sektor perkilanga­n dan apabila banjir ini melanda banyak kilang turut terjejas sehingga mengganggu pengeluara­nnya.

China Communicat­ions Constructi­on Group (CCCG), syarikat pembinaan yang berpangkal­an di China, merancang menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab pasaran Asia Tenggarany­a.

Pengarah CCCG Overseas Real Estate Pte Ltd Zhang Bao, berkata usaha sama untuk projek pembanguna­n hartanah baharu akan dicari di Malaysia, terutama di lokasi utama di sekitar kawasan ibu kota.

“Kami percaya pasaran hartanah akan pulih pada 2022, namun ia akan mengambil sedikit masa untuk mencapai tahap aktiviti prapandemi­k.

“Dengan bantuan kerajaan, kita akan memainkan peranan sebagai pemaju hartanah mewah dan menyumbang ke arah kemakmuran negara dengan menarik pelaburan asing.

“Walaupun ini adalah tempoh paling mencabar dalam tempoh 20 tahun yang lalu, saya berpuas hati dengan apa yang kami capai pada 2021 dan akan berusaha bersama pasukan saya untuk memberikan prestasi yang lebih baik tahun depan,” katanya dalam kenyataan semalam.

CCCG ialah syarikat Fortune 500 yang berada di kedudukan ke-61 di dunia dengan pendapatan AS$106.8 bilion (RM449.79 bilion).

CCCG dan rakan kongsinya WCT Holdings Bhd, melalui syarikat usaha sama (JV) CORE Precious Developmen­t Sdn Bhd, sedang membangunk­an CORE Residence @ TRX yang adalah projek mewah pegangan bebas dengan nilai pembanguna­n aksar (GDV) bernilai RM1.4 bilion di Tun Razak Exchange.

 ?? ?? Cawangan MYDIN yang terjejas banjir akan mengambil masa tiga bulan untuk kerja pemulihan.
Cawangan MYDIN yang terjejas banjir akan mengambil masa tiga bulan untuk kerja pemulihan.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia