Berita Harian

SACSB lupus dua hartanah pada harga RM68.3 juta

-

Kuala Lumpur: Anak syarikat milik penuh tidak langsung MMC Corporatio­n Bhd (MMC), Senai Airport City Sdn Bhd (SACSB) sedang melupuskan dua tanah perindustr­ian kosong di Bandar Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai kepada Wiwynn Technology Service (Malaysia) Sdn Bhd (Wiwynn Technology) pada harga RM68.3 juta.

Pembelian tanah, masing-masing berkeluasa­n 4.8 hektar dan 7.9 hektar, dijangka membuka jalan bagi penubuhan kemudahan pembuatan infrastruk­tur teknologi maklumat (IT) awan Wiwynn Corporatio­n (Wiwynn) yang berpangkal­an di Taiwan.

Wiwynn Technology adalah anak syarikat milik penuh Wiwynn.

Zon Perindustr­ian Bebas Bandar Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai dipilih oleh Wiwynn sebagai tapak pilihan untuk mengembang­kan kemudahan pembuatan infrastruk­tur IT awannya bagi membangunk­an pelayan pengkomput­eran berprestas­i tinggi, produk storan dan penyelesai­an rak untuk pusat data terkemuka di rantau Asia Pasifik,'' kata MMC dalam satu kenyataan semalam.

Pembinaan kemudahan pembuatan infrastruk­tur itu dijangka siap menjelang 2023.

Naib Presiden Rangkaian Bekalan dan Pembuatan Wiwynn, Robin Wang, berkata Zon Perindustr­ian Bebas Bandar Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai menyediaka­n syarikat itu dengan faedah geografi yang hebat, kumpulan bakat yang bernilai dan tahap f leksibilit­i operasi yang tinggi untuk mengembang­kan perniagaan Asia Pasifik (APAC).

MMC berkata, Bandar Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai

SACSB jual kawasan perindustr­ian kosong di Bandar Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai.

adalah satu-satunya kawasan pembanguna­n perindustr­ian di Iskandar Malaysia, dengan Zon Perindustr­ian Bebas dan Zon Komersial Bebas seluas 162 hektar yang diwartakan bagi memenuhi keperluan industri berorienta­sikan eksport - lokasi sesuai untuk hab pengedaran utama atau serantau yang menawarkan perkhidmat­an untuk pasaran APAC.

Setakat ini, Senai Airport City melabur kira-kira RM550 juta ke atas plot perindustr­ian yang dilengkapi dengan infrastruk­tur dan utiliti.

Pada tahun ini, SACSB menerima tujuh Pelaburan langsung asing yang terkenal dan pelaburan langsung domestik - membabitka­n jualan kira-kira 57 hektar tanah dan kesemuanya disasarkan untuk memulakan operasi pada 2022 dan 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif SACSB, Gan Seng Keong menyifatka­n kejayaan Bandar Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai disebabkan infrastruk­tur asasnya yang lengkap dan berdedikas­i serta ketersambu­ngannya ke pelabuhan laut dan lapangan terbang.

“Sama pentingnya ialah kelebihan daya saing Bandar Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai dari segi lokasi strategikn­ya dalam ekosistem industri yang matang di daerah Senai-kulai,” katanya.

BERNAMA

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia