Berita Harian

G7 kecam pilihan raya Hong Kong hakis demokrasi

-

Hong Kong: Kuasa besar dunia mengecam tindakan China yang mengawal ketat pilihan raya Hong Kong yang disifatkan menghakis demokrasi di wilayah bekas jajahan British itu.

Tindakan China yang mengawal pilihan raya, termasuk kerusi yang dipilih secara langsung dan mengawal siapa yang boleh menjadi calon dilaksanak­an sebagai tindak balas kepada protes prodemokra­si besarbesar­an, dua tahun lalu.

Beijing mengenakan undangunda­ng keselamata­n negara ke atas wilayah bekas tanah jajahan British dengan melaksanak­an peraturan politik yang memeriksa kesetiaan sesiapa yang bertanding.

Undian awam pertama di bawah perintah baharu itu diadakan Ahad lalu menyaksika­n peratusan keluar mengundi yang rendah, manakala bilangan mereka yang dipilih secara langsung dikurangka­n daripada separuh kepada 22 peratus.

Angka menunjukka­n hanya 30 peratus pemilih keluar membuang undi, kadar terendah sejak penyerahan semula Hong Kong kepada China pada 1997.

Peratusan keluar mengundi pada pilihan raya perundanga­n terakhir pada 2016 ialah 58 peratus, manakala pilihan raya majlis daerah 2019, yang menyaksika­n tokoh prodemokra­si menang besar, merekodkan 71 peratus.

Menteri Luar Kumpulan G7 dalam kalangan negara maju menyatakan ‘kebimbanga­n terhadap penghakisa­n unsur demokrasi’ dalam sistem pilihan raya Hong Kong, selepas tinjauan pendapat diadakan.

Proses tapisan baharu ‘untuk menyekat pilihan calon pada kertas undi menjejaska­n tahap autonomi Hong Kong yang tinggi’ mengikut prinsip ‘Satu Negara, Dua Sistem’ yang dipersetuj­ui dalam perjanjian penyerahan wilayah itu dari United Kingdom kepada China pada 1997.

Menteri Luar Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, UK dan AS menggesa China memulihkan keyakinan terhadap institusi politik Hong Kong dan menamatkan penindasan yang tidak wajar terhadap mereka yang mempromosi­kan nilai demokrasi dan mempertaha­n hak dan kebebasan.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell dalam kenyataan berkata, tinjauan itu satu lagi langkah dalam pembongkar­an prinsip ‚Satu Negara Dua Sistem‘, dan meminta autonomi yang tinggi serta menghormat­i hak asasi manusia, kebebasan asas, prinsip demokrasi. AFP

Semua aset tentera diguna bawa bantuan ke kawasan dilanda bencana

Loboc: Ribuan anggota pasukan keselamata­n Filipina dikerah menghantar makanan dan air ke pulau yang dilanda Taufan Rai, ketika badan amal merayu bantuan bagi ratusan ribu mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

Anggota tentera, polis dan pengawal pantai Filipina turut menghantar bekalan perubatan kepada mangsa yang terselamat.

“Kita sudah mengarahka­n tentera untuk mengerahka­n semua aset yang ada, kapal, bot, pesawat, trak, untuk membawa bantuan ke kawasan yang dilanda taufan,” kata Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana.

Jentera berat termasuk jengkaut dan jentolak dihantar untuk membersihk­an jalan.

Palang Merah juga menerbangk­an bantuan ke pulau Siargao dan Bohol, destinasi pelanconga­n popular yang bergelut untuk pulih selepas sekatan COVID-19 .

Sekurang-kurangnya 375 orang terbunuh dan ratusan cedera apabila Taufan Rai melanda wilayah selatan dan tengah kepulauan Filipina minggu lalu.

Taufan itu memusnahka­n rumah kayu, menumbangk­an pokok dan memutuskan bekalan elektrik di seluruh pulau berkenaan.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kemusnahan sepenuhnya di kawasan yang paling teruk terjejas akibat Taufan Rai, yang melanda negara itu pada Khamis lalu, yang dikategori­kan sebagai taufan super.

“Tidak pernah seumur hidup saya menemui taufan seperti itu,” kata Paderi Katolik Antonieto Cabajog di Surigao, di hujung utara pulau Mindanao.

“Untuk mengatakan ‘super’ satu pernyataan yang meremehkan,” katanya kepada agensi berita yang dikendalik­an oleh gereja Katolik.

“Lebih 400,000 orang berlindung di pusat pemindahan atau menumpang tinggal rumah saudara mara, kata agensi bencana negara, selepas kediaman mereka rosak atau musnah akibat taufan paling kuat melanda negara tahun ini.

“Sekurang-kurangnya 94 orang terkorban di pulau yang paling terjejas, iaitu Bohol, terkenal dengan pantainya, dikenali sebagai Bukit Coklat dan haiwan kecil seperti monyet,” menurut Gabenor wilayah, Arthur Yap di Facebook.

Kawasan itu diisytihar­kan sebagai kawasan bencana.

Kemusnahan teruk juga kelihatan di Pulau Siargao, Dinagat dan Mindanao, yang dilanda taufan dengan angin berkelajua­n 195 kilometer sejam. AFP

 ?? (Foto EPA) ?? Tiang elektrik tumbang merentangi jalan raya di kawasan dilanda Taufan Rai di Cebu, Filipina.
(Foto EPA) Tiang elektrik tumbang merentangi jalan raya di kawasan dilanda Taufan Rai di Cebu, Filipina.
 ?? (Foto EPA) ?? Mangsa Taufan Rai di Filipina beratur mendapatka­n bantuan makanan di pusat bantuan di San Juan.
(Foto EPA) Mangsa Taufan Rai di Filipina beratur mendapatka­n bantuan makanan di pusat bantuan di San Juan.
 ?? (Foto EPA) ?? Rumah penduduk di pesisir pantai musnah dilanda Taufan Rai di Kampung Punta Bilar, Selatan Filipina.
(Foto EPA) Rumah penduduk di pesisir pantai musnah dilanda Taufan Rai di Kampung Punta Bilar, Selatan Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia