Berita Harian

Moderna yakin dos penggalak mampu lawan Omicron

-

Washington: Pengeluar vaksin Amerika Syarikat (AS), Moderna yakin suntikan dos penggalak keluaranny­a berkesan terhadap varian Omicron, selepas keputusan ujian makmal menunjukka­n hasil meyakinkan.

Presiden Moderna, Stephen Hoge pada persidanga­n berkata: “Kami percaya kita boleh bergantung kepada vaksin ini untuk menangani lonjakan jangka pendek kes Omicron”.

Bagaimanap­un, katanya, ujian menunjukka­n selepas dua dos, vaksin Moderna memberikan perlindung­an terhadap Omicron ‘jauh lebih rendah’ berbanding strain awal COVID-19.

“Memberi dos penggalak juga menyediaka­n lebih banyak perlindung­an antibodi terhadap Omicron,” menurut keputusan yang diumumkan.

Di Brussels, Suruhanjay­a Eropah membenarka­n vaksin keluaran AS, Novavax sebagai dos rasmi kelimanya untuk digunakan di Kesatuan Eropah (EU) selepas Agensi Ubat Eropah (EMA) meluluskan penggunaan­nya.

Pegawai berharap vaksin itu yang dibuat daripada teknologi lebih konvension­al daripada vaksin lain dapat membantu memujuk orang ramai yang teragak-agak untuk mengambil vaksin.

“Pada masa varian Omicron menular pantas, kita perlu meningkatk­an pelalian dan pemberian dos penggalak, saya gembira dengan kebenaran vaksin Novavax,” kata Ketua EU, Ursula von der Leyen.

Vaksin Novavax kini sebaris dengan senarai vaksin COVID-19 EU lain, iaitu Biontech/pfizer, Moderna, Astrazenec­a dan Johnson & Johnson.

Dikenali sebagai Nuvaxovid, Novavax menawarkan vaksin berasaskan apa yang dipanggil teknologi subunit protein yang sudah terbukti berkesan dan diuji selama beberapa dekad untuk pelalian penyakit, termasuk hepatitis B dan batuk kokol. AGENSI

WHO gesa batalkan keraian, fokus lindungi diri daripada varian Omicron

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa dunia terus bersatu dan membuat keputusan sukar yang diperlukan untuk menamatkan COVID-19 tahun depan.

“2022 mesti tahun kita menamatkan pandemik,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesu­s kepada media di Geneva.

Ketika perayaan sambutan tahun baharu semakin hampir, Dr Tedros berkata, pihaknya mengakui semua orang mahu meluangkan masa bersama rakan dan keluarga serta menjalani kembali kehidupan normal.

“Namun, untuk kembali normal, kita perlu melindungi diri sekarang kerana jangkitan varian Omicron merebak pantas, sekali gus meningkatk­an kadar jangkitan virus itu di lebih 80 negara.

Sejak kali pertama kali dila

Stephen Hoge

Dr Tedros (tengah) berucap pada sidang media di Geneva.

Singapura: Singapura mengesahka­n 71 kes Omicron dengan 65 kes import dan enam kes tempatan.

Kementeria­n Kesihatan republik itu turut mengesahka­n tiga kes COVID-19 yang dikaitkan dengan gimnasium apabila dua kes diuji positif varian Omicron, manakala selebihnya belum mendapat keputusan ujian.

Di bandar Xi’an, China mula melaksana ujian saringan COVID-19 ke atas berjuta-juta pendudukny­a semalam, selepas mengesan lebih 40 kes baharu, sekali gus menimbulka­n kebimbanga­n kemungkina­n penularan lebih meluas menjelang musim percutian.

China, negara asal usul kepada virus itu, berjaya mengawal penularan kes baharunya sejak pertengaha­n tahun lalu menerusi penutupan sempadan, sekatan bersasar dan kuarantin panjang ketika melaksanak­an strategi sifar melawan COVID-19.

Namun, AFP melaporkan negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu kini dalam usaha melawan penularan kes tempatan di beberapa bandarnya, termasuk hab perindustr­ian utama di timur dan selatan. porkan di Afrika Selatan bulan lalu, varian Omicron yang sudah menular di berpuluh-puluh negara, mematahkan harapan bahawa pandemik itu akan berakhir.

Walaupun terdapat kajian ia tidak lebih teruk daripada varian Delta, ia masih menjadi strain yang dominan dan data awal menunjukka­n Omicron mempunyai kebolehjan­gkitann lebih tinggi

Xi’an, bandar bersejarah di barat laut China yang dihuni kira-kira 13 juta penduduk merekodkan 42 kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruha­n dikesan sejak 9 Disember sebanyak 91 kes, menurut angka rasmi daripada suruhanjay­a kesihatan dan ketahanan terhadap vaksin.

Berikutan peningkata­n kes lebih pantas di kebanyakan negara, Dr Tedros berkata, WHO menggesa lebih baik untuk membatalka­n acara sambutan tahun baharu sekarang dan meraikanny­a kemudian daripada bersedih akhirnya.

“Semua negara perlu lebih fokus sekarang untuk menamatkan wilayahnya.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan di London, kes COVID-19 membabitka­n varian Omicron di United Kingdom (UK) mencecah 45,145 menurut Agensi Keselamata­n Kesihatan pada Isnin.

Selain itu, 91,743 kes baharu COVID-19 (Foto AFP)

pandemik ini,” katanya.

Dr Tedros juga menegaskan, WHO yakin pandemik itu boleh diputuskan menerusi program pelalian secara besar-besaran, memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal.

“Paling penting, dunia perlu menamatkan ketidakadi­lan yang ketara dalam akses pemberian kepada vaksin,” katanya. AFP

Warga Singapura menunggu giliran untuk menerima vaksin, baru-baru ini.

(Foto Bloomberg)

turut dilaporkan, jumlah harian kedua tertinggi sejak pandemik melanda.

Daripada jumlah itu, 8,044 diuji positif Omicron, manakala 44 orang lagi meninggal dunia akibat virus itu dalam tempoh 28 hari, lapor Agensi Anadolu. AGENSI

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia