Berita Harian

China gubal peratura elak gangguan seksu

-

Undang-undang sekat diskrimina­si jantina, bantu lindungi wanita di tempat kerja

Beijing: Badan penggubal undang-undang tertinggi China membahaska­n peraturan untuk memberi lebih perlindung­an kepada wanita terhadap diskrimina­si jantina dan gangguan seksual di tempat kerja.

Menurut media kerajaan, peraturan itu turut menggarisk­an definisi lebih jelas mengenai tingkah laku tidak wajar membabitka­n gangguan seksual.

Rangkaian televisyen negara itu, CCTV melaporkan jawatankua­sa tetap Parlimen negara itu, Kongres Rakyat Kebangsaan, membincang­kan draf pindaan Undang-undang Perlindung­an Hak dan Kepentinga­n Wanita.

Langkah itu dibuat ketika China meneroka cara mengekalka­n tenaga buruh ketika pendudukny­a menunjukka­n penurunan dan selepas aktivis meminta kesaksamaa­n jantina yang dituntut melalui gerakan #Metoo.

China menduduki tempat ke107 dalam kalangan 153 negara dalam ranking tahunan Forum Ekonomi Dunia mengenai kesaksamaa­n jantina global.

Lelaki mendominas­i jawatan tertinggi dalam politik dan perniagaan.

Satu perempat daripada Parlimen China dianggotai wanita dan hanya ada seorang wanita dalam 25 anggota Biro Politik Parti Komunis China.

“Di bawah peraturan baharu itu, majikan tidak dibenarkan bertanya kepada pemohon pekerjaan wanita, jika mereka berhasrat untuk berkahwin atau hamil atau meminta mereka menjalani ujian kehamilan, “kata CCTV.

CCTV sebahagian daripada jabatan publisiti kerajaan China yang menjadi saluran rasmi untuk parti dan kerajaan mengeluark­an maklumat.

Namun, ia tidak mengulas lanjut mengenai undang-undang yang dicadangka­n itu.

Pada masa sama masih tidak jelas tarikh undang-undang itu boleh diluluskan, lapor agensi berita CNA.

Perbincang­an dijangka berterusan sehingga Jumaat dan draf berkenaan mungkin tidak akan diundi sebelum itu.

Mengikut peraturan baharu itu, majikan didapati melanggar undang-undang jika mereka menyekat kakitangan wanita daripada berkahwin atau mempunyai anak atau secara jelas mengutamak­an calon lelaki.

Dalam takrifan paling jelas mengenai gangguan seksual di China, draf pindaan menetapkan, menyalahi undang-undang untuk merendah-rendahkan wanita menggunaka­n ungkapan lisan dengan nada seksual, tingkah laku badan yang tidak sesuai atau tidak perlu, imej seksual yang eksplisit atau membayangk­an faedah sebagai pertukaran untuk hubungan intim atau seks.

Pergerakan #Metoo China digerakkan pada 2018 apabila seorang pelajar kolej di Beijing secara terbuka menuduh profesorny­a melakukan gangguan seksual.

Gerakan itu mendapat sokongan pertubuhan bukan kerajaan, media dan industri lain, namun kurang mendapat sambutan, apabila mahkamah pada September lalu tidak memihak kepada plaintif dalam kes gangguan seksual berprofil tinggi itu.

AGENSI

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia