Berita Harian

Anak, isteri semarakkan Sarang Art Hub

-

Wanita

Pemergian sutradara tersohor, Allahyarha­m Mamat Khalid atau nama sebenar, Mohamad Mohamad Khalid pada usia 58 tahun, Oktober lalu, meninggalk­an kesan mendalam terhadap pengikut karya seninya.

Jasa Allahyarha­m Mamat dalam industri perfileman terutama dalam melahirkan bakat baharu sukar dinafikan.

Selain itu, dalam kesibukan sebagai pembikin filem, arwah komited dalam memartabat­kan seni dan budaya Melayu yang kian dilupakan.

Buktinya cukup jelas dengan penubuhan pusat seni, Sarang Art Hub di Tanjung Malim, Perak yang sebelum ini dikenali sebagai Rumah Rehat Tanjung Malim.

Sebaik arwah dan kru melakukan penambahba­ikan terhadap premis itu, Sarang Art Hub kini menjadi pusat seni dengan pelbagai aktiviti budaya, sekali gus menghidupk­an bandar Tanjung Malim terutama pada waktu malam.

Antara inisiatif diambil Mamat adalah menganjurk­an program memartabat­kan budaya, Siri Anjung Tradisi dengan disusuli Anjung Tradisi 2.0 - Bengkel Karangan Tanjak pada 2018.

Berpaksika­n objektif sama, Persatuan Anak Seni Sarang Malaysia (PASSM) menganjurk­an pula Anjung Tradisi 3.0 - Lestari Warisan: Ekpresi Cinta Mamat Khalid Terhadap Tradisi Melayu di premis berkenaan, baru-baru ini.

Program itu dirasmikan Pegawai Daerah Tanjung Malim, Mohd Fitri Hassan. Yang turut hadir, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Pelanconga­n Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), Shahzanhaf­iz Zainal Abidin.

Isteri Allahyarha­m Mamat, Hasmah Hassan, berkata selain menghasilk­an filem, Mamat cukup meminati aktiviti kesenian dan budaya yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat Malaysia.

Akui Hasmah, pembukaan Sarang Art Hub banyak memberi peluang kepada arwah untuk membabitka­n diri dalam dunia kesenian.

“Pelbagai aktiviti kesenian dianjurkan arwah termasuk mengetenga­hkan bakat baharu dalam pelbagai cabang seni. Di sini, sesiapa sahaja diberi peluang menampilka­n bakat.

“Apabila arwah sudah tiada, jadi tanggungja­wab saya dan anak meneruskan legasi arwah seperti program Anjung Tradisi 3.0,” katanya.

Hasmah berkata, andai diikutkan, dia sudah hilang semangat meneruskan impian dan cita-cita arwah. Namun, berkat sokongan peminat dan rakan arwah, dirinya kembali bersemanga­t.

Uyaina dan suami menangguhk­an hasrat berbulan madu di Eropah berikutan penularan varian Omicron.

 ?? (Foto Ihsan CST Production­s) ??
(Foto Ihsan CST Production­s)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia