Berita Harian

FAM ambil iktibar kegagalan di Singapura

-

Kegagalan pada saingan Piala Suzuki AFF 2020 harus dijadikan iktibar buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mempersiap­kan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2023 pada pertengaha­n tahun depan.

Tempoh persiapan singkat dan masalah ketiadaan ramai tonggak penting dilihat menjadi antara punca pasukan kebangsaan gagal menyaingi skuad kuat seperti Vietnam dan Indoensia, sekali gus terkandas di peringkat kumpulan dalam saingan di Singapura itu.

Justeru, segala kesilapan atau kelemahan itu perlu diperbaiki dan perancanga­n lebih baik wajib dilakukan untuk memastikan sasaran layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 dapat dicapai.

FAM juga sudah menjelaska­n akan membuat bedah siasat mengenai prestasi keseluruha­n skuad Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF 2020.

Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi juga menjelaska­n persiapan pasukan untuk kempen kelayakan itu juga berada dalam perhatian serius FAM susulan kegagalan

Aksi pemain Harimau Malaya, Arif Aiman Hanafi (nombor 13) bersaing dengan pemain Indonesia, Asnawi Mangkualam Bahar pada aksi Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura pada Ahad lalu. Malaysia tewas 4-1 dan terkeluar daripada saingan.

di Singapura.

“Tentu sekali (FAM ambil serius persiapan kempen kelayakan Piala Asia 2023), sebab ini (kejohanan Piala Suzuki AFF 2020) salah satu persiapan kita untuk menghadapi kelayakan Piala Asia nanti.

“Prestasi ini juga tentu akan menjadi topik perbincang­an dalam Jawatankua­sa Pengurusan Pasukan Kebangsaan untuk menentukan hala tuju pasukan kebangsaan selepas ini,” katanya kepada BH Sukan.

Apa yang pasti kesilapan dan kegagalan di Singapura tidak boleh berulang lagi pada kempen kelayakan Piala Asia sekiranya tidak mahu melihat skuad Harimau Malaya menjadi pasukan ‘lauk’ kerana ia adalah pentas lebih tinggi berbanding Piala Suzuki AFF.

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia