Berita Harian

Wajarkah Cheng Hoe dikekalkan?

-

46

46

Kuala Lumpur: Adakah tindakan memecat Tan Cheng Hoe atau dia sendiri melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan dapat menyelesai­kan masalah kemerosota­n prestasi skuad Harimau Malaya?

Persoalan berkenaan timbul selepas banyak pihak terutama peminat yang mendesak bekas pengendali Kedah itu dipecat atau meletak jawatan susulan kegagalan pada saingan di Singapura itu.

Bekas pengendali skuad kebangsaan, B Sathianath­an menyifatka­n semua pihak tidak seharusnya membuat keputusan terburu-buru dengan hanya menyalahka­n Cheng Hoe atas prestasi buruk skuad Harimau Malaya.

Sebaliknya, beliau menjelaska­n beberapa faktor lain perlu diambil kira bagi mencari punca sebenar kegagalan pasukan kebangsaan di Singapura termasuk dari segi persiapan pasukan dan pemain yang terpaksa dibawa Cheng Hoe.

Katanya, tidak dinafikan jurulatih memikul tanggungja­wab besar dalam pasukan dan menjadi sasaran kecaman utama apabila pasukan mengalami kekalahan.

“Kita tak boleh menuding jari kepada semua pihak dan macam Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kata yang kita kena buat bedah siasat. Jadi, apa kita patut cari? Kesalahan orang atau kelemahan persiapan.

“Itu dua perkara berbeza, kesalahan orang senang nak cari. Macam Cheng Hoe senang, kita buang dia dan bawa jurulatih baharu, maka senyaplah dua atau tiga bulan, netizen pun diam.

“Pihak pengurusan FAM yang kena buat keputusan, tapi jangan kita nak ikut netizen saja. Kalau kita ikut netizen saja habislah. Saya ingat lagi Luqman Hakim (Shamsudin), bila dia tak main, macam-macam netizen kata.

 ?? ?? Sukan
Sukan
 ?? ?? Sukan
Sathianath­an
Sukan Sathianath­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia