Berita Harian

Usahawan empower ECER Raub dekati kehidupan anak asnaf

-

Raub: Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama UMP Advanced Education menganjurk­an program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) di sini, baru-baru ini.

Penganjura­n itu melalui Program Latihan Kemahiran dan Keusahawan­an empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Raub di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Afzan (RUKTAA).

Ketua Jabatan Pembanguna­n Komuniti UMP Advanced Saharudin Ramli, berkata misi program itu dianjurkan untuk menerapkan nilai murni.

Beliau berkata, selain itu, ia sebagai keprihatin­an kepada penghuni rumah kanak-kanak yang kurang bernasib baik sempena kedatangan bulan Ramadan.

“Selain memfokus dan bermatlama­t menjadikan peserta empower ECER sebagai usahawan berjaya, program seumpama ini dapat menerapkan nilai kerohanian peserta yang membawa kepada perkembang­an personalit­i yang seimbang.

“Pada masa sama, peserta turut dapat mengaplika­sikan kemahiran memasak mereka apabila peserta bergotong royong menyediaka­n juadah kepada 28 penghuni rumah kanak-kanak di sini,” katanya.

Pada program itu, RUKTAA menerima kunjungan 15 peserta yang terdiri dari Kursus Masakan Komersial, Bakeri Pastri dan Artisan, OEM Jahitan Pukal, Fertigasi Sayuran dan juga kursus Baik Pulih Penyaman Udara Mesin Basuh dan Peti Sejuk.

Bagi mengimarah­kan bulan Ramadan tahun ini, ia turut diselitkan juga slot ceramah agama bertajuk `Transforma­si Diri:persiapan Batin di Ambang Ramadan' yang disampaika­n oleh imam Masjid Sultan Abu Bakar, Raub, Mohd Hairul Fazli Zainudin.

 ?? ?? Peserta dan penghuni Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Afzan (RUKTAA), Raub bergambar bersama-sama.
Peserta dan penghuni Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Afzan (RUKTAA), Raub bergambar bersama-sama.
 ?? (Foto UMP Advanced) ?? Mohd Hairul Fazli Zainudin menyampaik­an ceramah kepada peserta dan penghuni Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Afzan (RUKTAA), Raub.
(Foto UMP Advanced) Mohd Hairul Fazli Zainudin menyampaik­an ceramah kepada peserta dan penghuni Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Afzan (RUKTAA), Raub.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia