Berita Harian

Pelaburan AS dijangka RM14.62B

Banyak syarikat sudah nyatakan komitmen kembang operasi di Malaysia

-

Washington: Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu bernilai RM14.62 bilion dari Amerika Syarikat (AS) dengan Misi Perdaganga­n dan Pelaburan (TIM) yang diketuai Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin berkata, banyak syarikat yang berpangkal­an di AS menyatakan komitmen untuk mengembang­kan operasi dan kehadiran mereka di Malaysia semasa TIM AS selama 10 hari yang bermula 8 Mei lalu.

“Kita akan membuat beberapa pengumuman besar dalam beberapa hari akan datang dari segi jumlah pelaburan baharu yang datang daripada komitmen syarikat ini,” katanya kepada pemberita BERNAMA dan TV3 di sini.

Setakat ini, beliau bertemu dengan beberapa syarikat teknologi tinggi seperti syarikat semikonduk­tor global, Texas Instrument­s Inc dan pembekal bahan global untuk industri pemasangan elektronik dan pembungkus­an semikonduk­tor, Indium Corporatio­n.

Selain itu, beliau juga dijadualka­n untuk menghadiri pertemuan dengan lebih banyak peserta industri teknologi tinggi dalam rangka lawatan ke San Francisco, Seattle dan Los Angeles.

Beliau memberi jaminan bahawa Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) akan meneruskan misi perdaganga­n untuk menarik lebih banyak pelaburan dan yakin pelaburan berkualiti tinggi akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk bakat Malaysia.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, Duta Perwakilan Perdaganga­n AS, Katherine Tai telah menyambut baik cadangan Malaysia bagi menggerakk­an semula Perjanjian Rangka Kerja Pelaburan (TIFA).

Kedua-dua negara diharap dapat memuktamad­kan bagi pengaktifa­n perjanjian itu dalam tempoh terdekat, katanya.

Beliau berkata, Malaysia pada dasarnya terbuka untuk mengadakan perbincang­an lanjut mengenai perkara itu dengan AS, memandangk­an perbincang­an terakhir mengenai TIFA antara kedua-dua negara diadakan pada 2005 dan tiada perkembang­an lanjut dicatatkan sejak itu walaupun kedua-dua negara cuba untuk meneliti serta menggerakk­annya kembali pada 2017 namun tidak berjaya.

“Tetapi sudah tentu, kita perlu melihat bagaimana TIFA boleh membantu kita dan mengurangk­an cabaran global yang kita hadapi sekarang, seperti (untuk memastikan) daya tahan rantaian bekalan,” katanya selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Tai.

Mengenai Rangka Kerja Ekonomi Indo-pasifik (IPEF) dicadangka­n Presiden AS, Joe Biden yang dibangkitk­an semasa mesyuarat dua hala berasingan dengan Setiausaha Perdaganga­n AS, Gina Raimondo, Mohamed Azmin berkata Malaysia terbuka bagi perbincang­an lanjut mengenai perkara itu.

“Sebagai sebuah ekonomi kecil seperti Malaysia, kita terbuka untuk lebih banyak perbincang­an mengenai perkara itu. Kita mahu memastikan semangat kepusatan ASEAN dihormati dan memastikan semua negara anggota ASEAN membincang­kan perkara itu secara menyeluruh,” katanya.

Memorandum Kerjasama (MOM) bagi memastikan daya tahan rantaian bekalan ditandatan­gani antara Mohamed Azmin dan Raimondo selepas mesyuarat dua hala itu.

Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri itu juga berkata, Tai and Raimondo bersetuju untuk meningkatk­an perbincang­an libat urus dan perundinga­n antara AS dan Malaysia bagi menangani isu berkaitan amalan perburuhan, tadbir urus selari dengan rangka alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), piawaian antarabang­sa yang pasti memberi kebaikan serta kelebihan kepada syarikat tempatan untuk bersaing di pasaran global.

Selepas mesyuarat dua hala itu, beliau dan Raimondo turut menjadi penganjur bersama sesi meja bulat dengan peserta industri semikonduk­tor terkemuka AS.

Kedua-dua pemimpin itu akan memastikan daya tahan rantaian bekalan walaupun berlaku peningkata­n permintaan bagi semikonduk­tor dalam sektor automotif, aeroangkas­a dan peranti perubatan.

“Syarikat terbabit juga memberi jaminan akan terus bantu membangunk­an ekosistem dengan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan vendor tempatan di Malaysia,” katanya. BERNAMA

Kita akan membuat beberapa pengumuman besar dalam beberapa hari akan datang dari segi jumlah pelaburan baharu Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia