Berita Harian

Tempatkan pam sementara di 20 stesen hotspot

-

1

Sebelum ini, DBKL mengumumka­n 14 tindakan jangka pendek khusus bagi menangani masalah banjir kilat di 25 kawasan tumpuan atau hotspot di Kuala Lumpur dalam tempoh tiga bulan hingga Julai ini melalui Pelan Tindakan Tebatan Banjir Kilat Kuala Lumpur 2022.

Antara hotspot dikenal pasti ialah di Jalan Brunei, Jalan Pudu, Jalan Changkat Thambi Dollah, hadapan Balai Polis Salak Selatan, Jalan Antoi, Jalan Pintasan Segambut, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Maharajale­la dan Bulatan Dato Onn.

Pada masa sama, Shahidan berkata, satu lagi tindakan jangka pendek adalah meletakkan pam sementara di 20 stesen hotspot bagi aliran air keluar ketika hujan lebat.

“Kita menggunaka­n pendekatan pam (mesin) dan manusia di mana penguat kuasa DBKL, selain sukarelawa­n diminta untuk bekerja dalam masa tiga hingga enam bulan ini untuk selesaikan masalah ini.

“Tugas mereka termasuk membersihk­an kolam takungan dan laluan air. Kuala Lumpur itu sendiri akan dibersihka­n dan akan berwajah baharu,” katanya.

Ketika ini ada enam kolam takungan banjir di sekitar ibu negara iaitu Kolam Wahyu dan Kolam Delima berhampira­n Taman Wahyu di Kepong; Kolam Nanyang, Kolam Batu, Kolam Batu 4 1/2, selain Kolam Taman Desa.

Bagaimanap­un, sebelum ini dilaporkan dua daripada enam kolam takungan banjir terbabit iaitu iaitu Kolam Wahyu dan Kolam Delima didakwa diubah status pemilikan pada 2018 untuk tujuan pembanguna­n projek mega yang dikecam aktivis alam sekitar dan pembangkan­g.

Berikutan itu, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan berkenaan, termasuk kelulusan projek membabitka­n kawasan kolam takungan banjir.

Projek pembanguna­n di Kolam Taman Desa yang diluluskan sebelum ini difahamkan sudah dibatalkan.

Laporan perunding berlesen bebas yang dilantik DBKL berhubung isu dua kolam takungan banjir itu sudah diserahkan kepada SPRM pada 31 Januari lalu dan sehingga kini hasil siasatanny­a belum diumumkan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dilaporkan berkata ia susulan arahan SPRM supaya DBKL melantik perunding bebas dalam usaha menangani isu projek pembanguna­n berkait kolam takungan banjir

Menteri Wilayah Persekutua­n di Kolam Wahyu dan Kolam Delima.

Laporan Ketua Audit Negara 2019 mendedahka­n sepanjang tempoh 2015 hingga 2020, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah meluluskan 943 kebenaran perancanga­n walaupun tidak selaras dengan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (PBKL) 2020.

Sejak pertengaha­n Disember lalu, Lembah Klang khususnya ibu kota dilanda banjir sebanyak empat kali menyebabka­n kemusnahan harta benda dan nyawa.

Banjir besar melanda Lembah Klang pada 18 Disember tahun lalu apabila hujan lebat berterusan selama dua hari menyebabka­n Hulu Langat, Kuala Langat, Shah Alam, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Petaling dan Kuala Lumpur di Lembah Klang ‘tenggelam’.

Selain banjir, Lembah Klang turut berdepan ancaman banjir kilat apabila kejadian itu dilaporkan menenggela­mkan beberapa jalan utama di pusat bandar Kuala Lumpur pada 7 Mac lalu.

Kejadian sama berulang tujuh hari kemudian apabila hujan lebat sekitar Kuala Lumpur mengakibat­kan air naik di beberapa lokasi dan menyebabka­n banjir kilat.

Kali terakhir, ibu kota dilanda banjir kilat pada 25 April lalu apabila beberapa jalan utama di sekitar ibu negara termasuk Jalan Kuching, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Semantan, Jalan Pintasan Gambut, Jalan Kinabalu, Jalan Changkat Thambi Dollah, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Travers, ditenggela­mi air susulan hujan lebat berterusan kira-kira satu jam.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia