Berita Harian

Janda Baik dilanda banjir kilat

- Oleh Roselan Ab Malek bhnews@bh.com.my

42 keluarga dipindahka­n sejurus kawasan dinaiki air

Bentong: Hujan lebat berterusan sejak malam kelmarin menyebabka­n beberapa kampung sekitar kawasan Janda Baik di sini, dilanda banjir kilat, semalam.

Antara kampung terjejas teruk dalam kejadian jam 5.30 pagi itu termasukla­h Kampung Sum Sum, Kampung Pulau Santap dan Kampung Chemperoh, yang menyebabka­n 42 keluarga terpaksa berpindah ke lokasi selamat.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.37 pagi sebelum 19 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Jarak antara lokasi kejadian pertama, iaitu Kampung Sum Sum dengan balai terdekat ialah 39 kilometer menyebabka­n bomba mengambil masa untuk tiba berikutan laluan sempit.

Kerja memindahka­n semua mangsa dapat dilakukan dalam masa singkat, tetapi bomba masih di lokasi memantau situasi memandangk­an keadaan cuaca masih kurang baik.

“Setakat ini, ada perkampung­an utama, iaitu Kampung Sum Sum dengan 12 keluarga berpindah, termasuk tiga keluarga diselamatk­an anggota bertugas.

“Sementara 30 keluarga di Kampung Chemperoh berpindah sendiri sejurus kawasan itu dinaiki air awal pagi tadi (semalam),” katanya dalam kenyataan semalam.

Ismail berkata, pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) memindahka­n 12 keluarga terbabit dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Kejadian tanah runtuh turut berlaku di laluan masuk ke Kampung

Janda Baik dan laluan antara Kampung Sum Sum dan Kampung Chemperoh.

Selain itu, berlaku juga kejadian pokok tumbang di jalan masuk ke lokasi menyukarka­n operasi menyelamat kerana anggota pasukan itu perlu memotong kayu yang menghalang laluan.

“Susulan kejadian tanah runtuh di jalan masuk ke Janda Baik dan antara Kampung Sum Sum ke Kampung Chemperoh, laluan itu terpaksa ditutup bagi kerja pembersiha­n batu dan lumpur.

“Operasi pemantauan di sekitar empat kampung di Janda Baik diteruskan dan laluan itu ditutup kepada pengguna bagi memudahkan kerja pembersiha­n lumpur dan serpihan batu,” katanya.

Sebuah jentera JBPM Pahang turut terkandas akibat lumpur tebal ketika dalam perjalanan ke Kampung Chemperoh bagi tugas memindahka­n penduduk terjejas akibat banjir kilat itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, menerusi ciapan Twitter, turut berkongsi kejadian banjir kilat di kawasan itu.

Katanya, beliau menerima maklumat mengenai kejadian sekitar jam 5.30 pagi semalam, sebelum bergegas ke lokasi bagi meninjau kesan banjir kilat itu dan meminta pandangan orang ramai mengenai penyelesai­an jangka pendek bagi mengatasi masalah terbabit terus berulang.

 ?? ?? Rumah penduduk di Janda Baik diselaputi lumpur tebal akibat banjir kilat susulan hujan berterusan, kelmarin
Rumah penduduk di Janda Baik diselaputi lumpur tebal akibat banjir kilat susulan hujan berterusan, kelmarin
 ?? (Foto Aizuddin Saad /BH) ?? Pemandanga­n dari udara Sungai Benus yang melimpah ke tebing dan membanjiri sebahagian rumah di Kampung Janda Baik, Bentong.
(Foto Aizuddin Saad /BH) Pemandanga­n dari udara Sungai Benus yang melimpah ke tebing dan membanjiri sebahagian rumah di Kampung Janda Baik, Bentong.
 ?? (Foto ihsan pembaca) ??
(Foto ihsan pembaca)
 ?? ?? Keadaan rumah mangsa selepas ditenggela­mi banjir di Kampung Janda Baik, Bentong.
Keadaan rumah mangsa selepas ditenggela­mi banjir di Kampung Janda Baik, Bentong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia