Berita Harian

Anasir perpecahan gagal goyahkan muafakat ahli

-

Kuala Lumpur: UMNO berjaya mengharung­i cubaan pihak tertentu yang mahu memecahbel­ahkan parti itu yang kini sedang berusaha membina semula kebangkita­nnya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa anasir perpecahan yang cuba disuntik gagal menggoyahk­an kemuafakat­an dan kesatuan pendukungn­ya, sebaliknya menjadikan UMNO lebih memahami betapa penting parti keramat agama, bangsa dan negara itu dipertahan­kan.

“Ujian dan pancaroba baharu membuatkan UMNO lebih berketeram­pilan dan ke hadapan. Insya-allah, selagi ada kudrat dan upaya izin Allah SWT, Presiden

UMNO akan memastikan kebangkita­n ini tidak sesekali terpadam,” katanya menerusi Facebook sempena Ulang Tahun UMNO ke-76, semalam.

Ahmad Zahid berkata, menjangkau usia itu, UMNO kekal dalam semangat dan jati diri parti politik terbesar orang Melayu, berpaksi demi rakyat dan negara, mara tanpa mengheret rakyat ke kancah kekalutan dan huru-hara, sebaliknya bergerak seiring menjulang erti sebenar demokrasi.

“Masih diingati selepas 9 Mei 2018, UMNO cuba dikhabarka­n sudah tiada, tidak lagi relevan, malah UMNO dituduh tiada hala tuju. Presiden baharunya ditekan membubarka­n parti, pimpinan dan ahlinya yang setia diasak supaya menyerah berpaling tadah.

“Berkat ketentuan Yang Maha Esa, bersama kita bertahan, kita menentang dan kita bangkit dengan penuh hikmah serta bijaksana. Mendepani usia 76 tahun menjadikan UMNO semakin matang dan hebat penuh pengalaman dan pengetahua­n,” katanya.

Dalam satu lagi entri di Facebook, Ahmad Zahid berkata, UMNO akan kembali berjuang dalam Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU-15) akan datang.

“Amalan kita bermuafaka­t dan tidak berpecah belah. Serumpun bak serai, sesusun bak sireh. Perjuangan UMNO pada PRU-15 jauh lebih murni. Demi sebuah kebenaran dan kewajipan

“Mengandaik­an yang mustahil dan bukan-bukan. UMNO sebaliknya umpama pohon besar yang sedang menanti detik kembali berbuah. Meskipun pernah seakan-akan nyaris tumbang dipukul ribut, akarnya begitu utuh lagi kuat. Pohon UMNO nan luhur tetap teguh berpacak memayungi segenap naungannya,” katanya menegaskan, mereka yang menyatakan UMNO sudah tidak relevan adalah suatu kesilapan besar dan bermimpi di siang hari.

 ?? ?? Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia