Berita Harian

Kilang logam dipercayai punca buih kena tindakan

JAS Johor temui efluen sama dilepaskan di premis berhampira­n

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Pencemaran Sungai Skudai

Johor Bahru: Sebuah kilang logam yang dipercayai menjadi punca berlakunya pencemaran buih putih di Sungai Skudai pada Sabtu lalu, dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapa­n (POK) kelmarin.

Sumber Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor memaklumka­n, kilang berkenaan dikenakan tindakan selepas siasatan lanjut menemui efluen sama yang dilepaskan di Sungai Skudai di premis kilang logam itu.

Kata sumber berkenaan, susulan aduan diterima berhubung pencemaran buih itu, JAS Johor membuat siasatan terhadap beberapa kilang berhampira­n Sungai Skudai sebelum menemui efluen yang disyaki di premis berkenaan.

“Tindakan diambil mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan kilang itu terpaksa memberhent­ikan aktiviti pengilanga­n serta-merta, serta perlu mengambil langkah penambahba­ikan dengan kadar segera selain siasatan lanjut diselesaik­an.

“Kilang sama juga dikenakan lapan kompaun bernilai RM16,000 atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustr­ian) 2009 dan Peraturan-peraturan Kualiti

Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, beberapa rakaman video Sungai Skudai yang dicemari dengan kepulan buih putih yang berlaku pada Sabtu lalu, tular melalui Facebook.

JAS Johor dilaporkan mengambil sampel air Sungai Skudai yang berbuih itu sejak Sabtu lalu, namun mendapati kualitinya berada pada tahap normal.

Timbalan Pengarah JAS Johor, Mohd Rashdan Topa, dilaporkan berkata, tahap alkali (ph) air sungai itu direkodkan pada bacaan 7 apabila sampelnya diuji.

JAS Johor yang melakukan tinjauan di Sungai Skudai dilaporkan tidak menolak kemungkina­n kejadian yang berlaku di sungai itu berpunca daripada industri di sekitar kawasan sekitar.

Kelmarin, pula, Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Johor, K Raven dilaporkan berkata, pencemaran Sungai Skudai akibat kewujudan tompokan buih putih sejak Sabtu lalu tidak menjejaska­n Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Ismail, di sini, yang membekalka­n air kepada hampir 200,000 pengguna.

Beliau dilaporkan berkata, hasil pemantauan dan siasatan dilakukan JAS Johor mendapati tiada lagi buih putih dikesan di lokasi aduan di Sungai Skudai berhampira­n jambatan Taman Impian Emas.

 ?? (Foto ihsan JAS Johor) ?? Pencemaran buih putih dikesan di Sungai Skudai, Sabtu lalu.
(Foto ihsan JAS Johor) Pencemaran buih putih dikesan di Sungai Skudai, Sabtu lalu.
 ?? ?? JAS Johor mengenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapa­n terhadap sebuah kilang logam dipercayai menjadi punca pencemaran buih putih di Sungai Skudai.
JAS Johor mengenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapa­n terhadap sebuah kilang logam dipercayai menjadi punca pencemaran buih putih di Sungai Skudai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia