Berita Harian

JAKIM masih siasat pelanggara­n SOP sembelihan

-

Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih menjalanka­n siasatan berhubung dakwaan pelanggara­n prosedur penyembeli­han sebuah syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia.

Jurucakap JAKIM berkata, pihaknya memang ada menempatka­n pegawai yang memantau status Halal JAKIM di negara berkenaan.

Katanya, siasatan dilakukan bersama Jabatan Pertanian, Air dan Alam Sekitar (DAWE), Australia.

Setakat ini, katanya, pihaknya belum menerima keputusan berkaitan dakwaan itu.

Kelmarin, media melaporkan, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata perbincang­an antara JAKIM dan Kaunselor (Pertanian), Kedutaan Australia di Malaysia diadakan pada 28 April lalu bagi memastikan hasil siasatan diserahkan kepada kerajaan Malaysia secepat mungkin.

Katanya, JAKIM tidak sesekali berkomprom­i dengan mana-mana pihak jika berlaku kesalahan dan ketidakpat­uhan membabitka­n proses pensijilan dan pengiktira­fan halal.

Pada masa sama, beliau sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi menyiasat apa juga dakwaan salah laku berkaitan isu itu, termasuk jika ia membabitka­n pegawai JAKIM.

Terdahulu, Persatuan Pengguna

Islam Malaysia (PPIM) bersama Pertubuhan Kemasyarak­atan Rakyat (PEKEMAS) dan Sahabat 99, mendakwa pelanggara­n prosedur operasi standard (SOP) penyembeli­han halal oleh sebuah syarikat di Australia yang mendapat kelulusan JAKIM.

Presiden PEKEMAS, Faizan Mohd Nor, mendakwa ia berdasarka­n bukti video dan gambar serta keterangan seorang bekas pekerja sembelihan di syarikat berkenaan.

 ?? ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia