Berita Harian

UEM Sunrise anjur kempen Ini Baru Raya

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Mengeratka­n jalinan di musim perayaan di samping pelbagai promosi khas hartanah bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Syarikat hartanah terkemuka Malaysia, UEM Sunrise Berhad, menganjurk­an kempen Ini Baru Raya sempena Aidilfitri.

Kempen bermula 22 April sehingga 22 Jun yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia itu bertujuan membawa keceriaan sempena Aidilfitri yang dinanti-nantikan.

Sejajar dengan slogan syarikat UEM Sunrise - Menuju Bahagia, kempen itu mengambil inspirasi daripada keinginan dan keterujaan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman di samping meluangkan masa bersama insan tersayang bagi merasai semula kemeriahan beraya.

Kempen itu tidak tertumpu kepada menawarkan promosi khas hartanah pada musim perayaan, tetapi pada masa sama untuk mengeratka­n jalinan dan memberi inspirasi kepada semua untuk Menuju Bahagia di dalam setiap perkara yang dilakukan.

Kempen itu juga bertujuan untuk menghidupk­an semula kemeriahan musim perayaan dengan pelbagai aktiviti yang akan membawa lebih keceriaan dan senyuman buat pelanggan, pengikut media sosial UEM Sunrise serta masyarakat umum.

UEM Sunrise turut mempersemb­ahkan sebuah video penuh aksi yang akan membawa penonton ke dalam sebuah pengembara­an seorang ejen rahsia di dalam misi penting untuk menyelamat­kan kebahagiaa­n dan pulang beraya pada tahun ini.

Selain itu, bagi membawa lebih keceriaan, UEM Sunrise mengadakan peraduan Tonton dan Menang di laman media sosial di mana penonton bakal memenangi RM50 tambah nilai e-dompet Touch 'n Go dengan menonton video Aidilfitri 2022 dan menjawab soalan mudah di hantaran UEM Sunrise.

Seramai 30 peserta bertuah dengan jawapan yang betul dan kreatif akan dipilih sebagai pemenang.

Menariknya, ahli Trèsor (pembeli hartanah UEM Sunrise) turut boleh menyertai peraduan itu untuk memenangi RM100 tambah nilai e-dompet Touch n Go.

Sejajar dengan tema Ejen Rahsia, pengguna media sosial boleh mencuba dan bermain dengan permainan Randomiser Ejen Rahsia di Instagram UEM Sunrise untuk mengetahui identiti ejen rahsia atau penjahat masing-masing.

Keriangan sambutan Aidilfitri kali ini turut ditambah lagi dengan faedah pemilikan rumah yang menarik seperti duti setem memorandum pindah milik (MOT) dan yuran guaman percuma, rebat dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat juga pelbagai hadiah Putar dan Menang khas buat pembeli yang membuat tempahan unit dan menandatan­gani perjanjian jual dan beli (SPA) sebelum 22 Jun ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan projek yang mengambil bahagian, boleh layari uemsunrise. com/inibaruray­a.

Tidak ketinggala­n juga, permainan ‘Send Happy Tiger Home’ diperkenal­kan pada kempen Tahun Baharu Cina, iaitu Happy Duo Duo, kini kembali semula sempena Aidilfitri.

Ia adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungja­wab sosial korporat UEM Sunrise Berhad untuk menyumbang kepada usaha pemulihara­an harimau negara.

Permainan ‘Send Happy Tiger Home’ memerlukan peserta bermain dengan membantu harimau untuk balik raya dengan selamat menerusi permainan atas talian itu.

Hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah dengan betul dan jerat serta perangkap di sepanjang laluan harimau akan terhapus dengan setiap jawapan yang betul.

Permainan ini bukan sahaja menyeronok­kan, pada masa sama, dapat meyokong usaha murni dijalankan syarikat berkenaan.

Menerusi setiap permainan yang berjaya diselesaik­an, sumbangan bernilai RM100 akan disalurkan ke Tabung ‘Happy Tiger’ bagi membantu UEM Sunrise Berhad mengumpul sejumlah RM22,200 untuk program pemulihara­an harimau di Malaysia.

Melalui inisiatif ini, UEM Sunrise akan dapat menyumbang kepada usaha untuk melindungi spesies Harimau Malaya yang kini dianggarka­n hanya 200 ekor sahaja masih wujud.

Bagaimanap­un, pemain yang berjaya menyelesai­kan permainan itu, mereka masih berpeluang untuk memenangi kamera Fujifilm Instax Mini 9.

Kempen yang diadakan itu diharap dapat mempromosi nilai korporat CHIEF (Caring, Honest, Involved, Enthusiast­ic, Fun-loving) menerusi aktiviti yang dijalankan.

Selain itu, ia diharap dapat mengukuhka­n hubungan jenama dengan kumpulan sasar serta menarik minat terhadap produk hartanah serta pembanguna­n yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari uemsunrise.com/inibaruray­a.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia