Berita Harian

Airasia maklumkan empat faktor utama jejas operasi

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Syarikat beri jawapan kepada KPDNHEP dalam tempoh 24 jam

Kuala Lumpur: Empat faktor utama dikenal pasti Airasia sehingga menjadi punca kelewatan, penangguha­n dan penjaduala­n semula penerbanga­n syarikat itu membabitka­n pelbagai destinasi baru-baru ini.

Perkara itu dikongsika­n Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, semalam selepas menerima maklum balas lengkap daripada syarikat penerbanga­n berkenaan terhadap isu diketengah­kan dalam tempoh 24 jam.

Punca pertama dinyatakan syarikat terbabit disebabkan jumlah pesawat yang terhad apabila Airasia kini beroperasi hanya dengan 40 pesawat berbanding 95 sebelum pandemik COVID-19 melanda.

“Penyusutan 57.9 peratus pesawat sedia ada. Ini disebabkan kekurangan penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih pesawat di rantau ini.

“Punca kedua ialah kekangan operasi dan kawal selia. Sesetengah negara masih perlu keputusan ujian RT-PCR sebelum penerbanga­n, menyebabka­n kelewatan.

“Peningkata­n mendadak jumlah penumpang susulan musim perayaan dan pembukaan sempadan negara juga menjadi punca,” katanya menerusi Facebook.

Alexander berkata, punca ketiga disebabkan isu teknikal apabila dalam tempoh beberapa minggu lalu, tiga hingga lima pesawat mengalami masalah dan memerlukan lebih masa untuk pemeriksaa­n selain gangguan bird strikes pada enjin dan panahan kilat pada pesawat.

Punca keempat membabitka­n keadaan cuaca di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur, Sandakan dan Kota Kinabalu sehingga menjejaska­n operasi Airasia. “Jumlah aduan penumpang Airasia yang diterima menerusi Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) merekodkan trend menurun, bagi tempoh Januari-april dan jumlah aduan penumpang yang dihantar terus ke Airasia dilihat hampir konsisten di sekitar perangkaan 60 hingga 80 aduan setiap bulan.

“Berdasarka­n maklumat Airasia, lebih 90 peratus aduan dikemukaka­n menerusi kedua-dua saluran (melalui MAVCOM dan terus ke Airasia) sudah diselesaik­an,” katanya.

Menerusi maklum balas Airasia diterima Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada jam 11.47 malam tadi, beliau berkata, Airasia turut menggarisk­an penyelesai­an bagi mengurangk­an gangguan operasi.

“Antaranya melaksanak­an penerbanga­n menyelamat bagi penumpang terkandas,” katanya.

Alexander berkata, pasca libat urus KPDNHEP-AIRASIA dari sisi kepentinga­n pengguna, Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Malaysia, Riad Asmat menzahirka­n permohonan maaf kepada semua penumpang yang terjejas.

 ?? ?? Alexander Nanta Linggi
Alexander Nanta Linggi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia