Berita Harian

Dipenjara 11 tahun cabul remaja, miliki senjata

-

Kota Bharu: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 11 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencabul remaja perempuan dan memiliki senjata di Kuala Krai pada Mac dan April lalu.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhka­n hukuman itu terhadap Edry Shah Rimiey Ghani, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, tertuduh mengaku bersalah memiliki senjata berjadual di bawah Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, iaitu sebilah pisau besi pendek berhulu kayu, satu besi berwarna keemasan berlubang lima, iaitu buku lima tanpa maksud yang sah.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah kedai serbaneka di dalam Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai jam 5 petang, 29 April.

Dia didakwa mengikut Seksyen

7(1) (a) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan boleh dihukum mengikut seksyen 7(1) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lima tahun dan maksimum 10 tahun.

Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara lima tahun dari tarikh tertuduh ditangkap.

Bagi pertuduhan pindaan pertama kes cabul pula, dia mengaku melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun di Kuala Krai, pada jam 3 petang, 21 Mac.

Pertuduhan pindaan kedua pula, dia mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap mangsa sama di sebuah rumah di Kuala Krai pada jam 10 pagi, 20 April.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Kes kematian lapan remaja basikal lajak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia