Berita Harian

2 mangsa penipuan kerja terkandas di Thailand

- Oleh Siti Aminah Mohd Yusof bhnews@bh.com.my

Ibu pemuda dakwa majikan minta bayaran lebih RM45,000 jika ingin dibebas

Georgetown: Dua pemuda dari Sungai Bakap, dekat sini, didakwa terkandas di Thailand sejak Julai tahun lalu selepas dikatakan terpedaya dengan tawaran pekerjaan menjanjika­n pendapatan lumayan di negara jiran itu.

Ibu seorang daripada mangsa, Por Sai Yeon, 49, mendakwa anaknya, Lim Zi Xin, 20, dan rakan, Teoh Chi Peng, 20, turut diminta membayar 70,000 yuan (RM45,627) jika ingin dilepaskan majikan dan jumlah itu tidak termasuk kos untuk pulang ke tanah air.

“Saya dan suami akan hubungi anak setiap hari. Dia hanya dapat curi-curi hantar mesej pesanan suara kerana gerak-gerinya sentiasa diperhatik­an. Dia juga terpaksa bekerja lebih 12 jam sehari, iaitu dari 10 malam hingga 2 petang esoknya.

“Saya sendiri tidak pasti dia bekerja sebagai apa di sana, tapi ia membabitka­n komputer dan sistem dalam talian,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA Pulau Pinang, di sini, semalam.

Difahamkan, berdasarka­n iklan pekerjaan terbabit, majikan mangsa disyaki menjalanka­n perniagaan berkaitan perjudian dalam talian yang menawarkan gaji RM8,000 hingga RM10,000.

Sai Yeon berkata, selepas ‘kehilangan’ anak kedua daripada lima beradik itu, dia mengalami tekanan emosi dan tidak dapat tidur tanpa bantuan ubat, manakala suaminya, Lim Soon Peng, 53, hanya tukang cat dan tidak mampu membayar wang yang diminta.

“Pada peringkat awal, telefon pintar anak turut disimpan majikan. Dia hanya dibenar guna tiga jam sehari,” katanya menambah, dua pemuda itu dipercayai tinggal di pangsapuri dekat tempat kerja di daerah Chiang Saen, selain diawasi ketat majikan menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

“Pada masa ini anak saya beritahu, dia tidak dipukul, cuma dalam ketakutan, selain dipaksa kerja lebih masa dan tidur beberapa jam sehari, manakala gaji diterima juga sangat rendah.

“Saya sudah banyak kali larang dia ke sana dulu, tetapi dia degil dan kata hanya akan bekerja di sana setahun. Saya bimbang dia ke sana secara haram kerana ketika itu sempadan negara belum dibuka,” katanya.

Ketua Biro Perkhidmat­an Awam dan Aduan MCA Pulau Pinang, Ooi Teik Liang, berkata beliau mendapati pihak menawarkan pekerjaan itu masih aktif menyiarkan iklan mencari pekerja melalui laman Facebook.

“Saya ingin mengingatk­an orang ramai tidak terpengaru­h dengan tawaran pekerjaan meragukan sebegini. Kami akan merujuk kes ini kepada pihak berkaitan untuk membantu membawa mangsa terbabit pulang ke pangkuan keluarga mereka,” katanya.

 ?? (Foto Mikail ONG/BH) ?? Teik Liang (dua dari kanan) bersama Sai Yeon, (dua dari kiri) dan T Ranggama menunjukka­n laporan polis pada sidang media di Wisma MCA Pulau Pinang, semalam.
(Foto Mikail ONG/BH) Teik Liang (dua dari kanan) bersama Sai Yeon, (dua dari kiri) dan T Ranggama menunjukka­n laporan polis pada sidang media di Wisma MCA Pulau Pinang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia