Berita Harian

Pihak tak layak guna polis pengiring kena tindakan

KDN tidak benarkan sesiapa tiada dalam senarai guna perkhidmat­an

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pihak tidak layak yang menggunaka­n khidmat iringan trafik polis juga akan dikenakan tindakan jika siasatan mendapati ia melanggar peraturan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, memberi jaminan mereka yang tidak sepatutnya menggunaka­n perkhidmat­an itu juga akan dikenakan tindakan jika siasatan dapati ada kesalahan dilakukan.

“Jika ada kesalahan dilakukan anggota kita, kita akan tindakan tegas. Ketika ini siasatan dalaman masih dilakukan dan kita akan umumkan dalam sehari dua ini.

“Mereka yang menerima pengiring juga akan dikenakan tindakan sekiranya berlaku kesalahan melanggar mana-mana undang-undang.

“Kita akan siasat lebih lanjut untuk mendapatka­n kepastian,” katanya ditemui pada sambutan Aidilfitri PDRM, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan baru-baru ini mengenai seorang anak orang kenamaan menggunaka­n perkhidmat­an iringan polis trafik untuk pergerakan di jalan raya.

Tindakan itu mendapat kritikan daripada warga maya yang ketika itu terpaksa berdepan kesesakan luar biasa di jalan raya seluruh negara akibat sambutan perayaan Aidilfitri.

Hamzah juga berkata, polis tidak pernah mengubah SOP berkaitan pengiring dari pasukan itu untuk memudahkan pergerakan individu tertentu.

Katanya, tiada penambahan baharu dalam senarai itu yang bertujuan memudahkan pergerakan individu disenaraik­an Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Beliau berkata, hanya Ketua Polis Negara (KPN) yang boleh memberi kebenaran untuk aktiviti pengiring sedemikian dilaksanak­an.

Katanya, setakat ini, KDN juga tidak membenarka­n sesiapa yang tidak ada dalam senarai menggunaka­n perkhidmat­an pengiring, kecuali mereka yang sudah ditetapkan.

“SOP ini sudah jelas dan juga sudah menjawab isu ini di Parlimen. Jadi tidak timbul lagi ini.

“Apa yang berlaku adalah masalah individu yang menggunaka­n sesuatu (perkhidmat­an) yang tidak boleh digunakan,” katanya.

 ?? (Foto Genes Gulitah/bh) ?? Hamzah menaiki vespa sambil diperhatik­an timbalanny­a, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (dua dari kiri) pada sambutan Aidilfitri PDRM, di PULAPOL Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Genes Gulitah/bh) Hamzah menaiki vespa sambil diperhatik­an timbalanny­a, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (dua dari kiri) pada sambutan Aidilfitri PDRM, di PULAPOL Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia