Berita Harian

‘Elak guna alat penyambung tong gas tiada cop SIRIM’

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail bhnews@bh.com.my

Peralatan tanpa jaminan tarikh luput jarang diperiksa berisiko cetuskan letupan

Kuala Lumpur: Kebocoran kepada peralatan penyambung­an silinder atau tong gas dan kelalaian penghuni yang terlupa mematikan api selepas selesai memasak, dikenal pasti antara punca utama kejadian kebakaran membabitka­n dapur di rumah.

Penolong Pengarah Bahagian Penyiasata­n Kebakaran Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Shukor Fadzil, berkata kebanyakan kes yang berlaku juga berikutan kegagalan menggunaka­n peralatan penyambung­an yang mempunyai pengesahan SIRIM dan terjamin kualiti.

Beliau berkata, pada masa ini banyak barangan penyambung­an gas yang murah dan mudah didapati di kedai perkakasan yang menjadi pilihan pengguna tanpa memikirkan risikonya.

“Contohnya paip penyambung­an pada silinder gas yang murah tiada jaminan jangka hayat, manakala hos yang mempunyai pengesahan SIRIM mempunyai jaminan jangka hayat penggunaan dan boleh dirujuk pada label pengeluar.

“Jadi kita nasihatkan orang ramai kerap periksa silinder gas, paip penyambung­an pada silinder dan dapur, sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

“Kalau mahu meninggalk­an rumah untuk tempoh panjang, orang ramai disaran menanggalk­an kepala sambungan gas, elakkan juga letak peralatan panas di atas atau terlalu dekat dengan tong silinder gas.

“Ini antara saranan terbaik bagi mencegah kebakaran membabitka­n dapur gas memasak, kita harap orang ramai dapat tingkatkan kesedaran soal keselamata­n ketika di rumah,” katanya kepada BH semalam.

Dalam kejadian terbaru kelmarin, seorang kanak-kanak enam tahun kritikal, manakala empat ahli keluargany­a cedera susulan kejadian letupan tong gas memasak di rumah mereka dekat Taman Cenderawas­ih, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Sementara itu Penolong Penguasa Bomba dari Cawangan Pengurusan Kesedaran dan Keselamata­n Awam, Bahagian Keselamata­n Kebakaran Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Zara’im Mohd Lazim, berkata kebocoran gas terutama di dapur rumah dapat dikesan menerusi bau yang kuat.

Katanya, jika berlaku, pemilik rumah dinasihat tidak membuka suis peralatan elektrik kerana boleh cetuskan percikan api.

“Buka pintu dan tingkap serta melakukan pengudaraa­n, keluar dari rumah sebelum masuk semula 15 minit kemudian bagi menanggalk­an penutup silinder gas.

“Impak letupan bagi kes gas bocor ini amat kuat, jadi orang ramai jangan sekali-kali ambil mudah kejadian itu,” katanya.

Zara’im berkata, silinder gas yang digunakan di rumah mempunyai tarikh luput dan sekiranya tidak diganti, ia berpotensi mencetuska­n kebakaran kerana silinder berkenaan sendiri yang sudah tiada daya ketahanan.

“Selain itu kebanyakan kes kebakaran di rumah juga membabitka­n kelalaian penghuni sendiri yang memasak makanan dan terlupa hendak mematikan api dapur,” katanya.

 ?? (Foto ihsan PDRM) ?? Dua lelaki ditahan cuba merempuh polis ketika operasi di Kampung Limbawang, Beaufort, kelmarin.
(Foto ihsan PDRM) Dua lelaki ditahan cuba merempuh polis ketika operasi di Kampung Limbawang, Beaufort, kelmarin.
 ?? ?? Keratan akhbar BH kelmarin.
Keratan akhbar BH kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia