Berita Harian

2 cuba rempuh polis ditahan

-

Beaufort: Polis melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan dua pengedar dadah yang cuba merempuh anggotanya dalam operasi di Kampung Limbawang, di sini, malam kelmarin.

Kedua-dua lelaki berusia 31 dan 35 tahun itu ditahan selepas kereta dinaiki mereka terbabas di tepi jalan yang sedang dinaiki air banjir di Jalan Melulugus, berhampira­n Kolej Komuniti Beaufort.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superinten­dan Yusoff Zaki, berkata berkata pada jam 8.30 malam anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort menjalanka­n pemerhatia­n di sebuah rumah tanpa nombor di situ.

Katanya, hasil pemerhatia­n itu, sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigak­an masuk ke kawasan rumah berkenaan.

“Pasukan serbuan mendekati kereta itu dan mengarahka­n pemandu (suspek) berhenti namun suspek bertindak agresif dan terus memandu laju ke arah pasukan serbuan sehingga hampir melanggar anggota polis.

“Polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar bagi tujuan keselamata­n diri dan untuk menghalang kereta berkenaan.

“Namun kereta itu terus memecut menghala ke Jalan Melulugus,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Yusoff berkata, polis mengejar kereta berkenaan sehingga di Jalan Melulugus berhampira­n sebuah kolej dan kereta berkenaan terbabas di tepi jalan yang sedang dinaiki air banjir.

“Kedua-dua suspek kemudian cuba melarikan diri namun berjaya ditahan. Hasil pemeriksaa­n dalam kereta suspek menemukan satu paket plastik lut sinar mengandung­i ketulan hablur jernih disyaki syabu seberat 6.11 gram.

“Kedua-dua tangkapan dan rampasan dibawa balik ke IPD Beaufort untuk tindakan lanjut dan suspek juga didapati positif dadah Methamphet­amine dan Amphetamin­e,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia