Berita Harian

Pekerja sorok stok minyak masak, tepung gandum bawah garaj

-

Tanah Merah: Pekerja sebuah kedai runcit di Kampung Bukit Merah Dalam, di sini, menggunaka­n alasan kononnya ‘tidak tahu’ sebagai helah selepas tindakan premis itu menyorok stok minyak masak dan tepung gandum dikesan pihak berkuasa.

Sejumlah 408 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi dan 840kg tepung gandum serba guna dirampas di premis itu dalam serbuan jam 10 pagi kelmarin.

Serbuan itu membabitka­n sepasukan penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan

Kubor.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP negeri, Aswadi Jaafar berkata, semua barangan kawalan bernilai RM3,120 itu ditemui di bawah garaj dalam kawasan sebuah rumah di lot terbabit.

“Sitaan dibuat kerana pemilik premis gagal mengemukak­an sebarang lesen sah mengenai pemilikan barang kawalan seperti diperuntuk­kan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Aswadi berkata, ketika serbuan, pemiliknya tiada di premis dan menurut pekerjanya, mereka tidak tahu perlu mempunyai lesen untuk pemilikan barangan kawalan dan bersubsidi.

Jelasnya lagi, kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutny­a dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu dan RM2 juta bagi perbadanan.

“Kami tidak akan berkomprom­i dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau peniaga yang melanggar undang-undang terutamany­a membabitka­n penyelewen­gan barang kawalan bersubsidi,” katanya.

 ?? (Foto ihsan KPDNHEP) ?? Pegawai KPDNHEP memeriksa stok tepung gandum dan minyak masak yang dirampas di sebuah kedai runcit di Kampung Bukit Merah Dalam, Tanah Merah.
(Foto ihsan KPDNHEP) Pegawai KPDNHEP memeriksa stok tepung gandum dan minyak masak yang dirampas di sebuah kedai runcit di Kampung Bukit Merah Dalam, Tanah Merah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia