Berita Harian

Pelajar maut motosikal bertembung

- Oleh Nur Izzati Mohamad dan Ahmad Hasbi

Seorang lagi remaja parah nahas ketika cuba potong kereta bhnews@bh.com.my

Kepala Batas: Seorang pelajar Tingkatan Satu maut, manakala seorang lagi parah selepas motosikal mereka bertembung dalam kemalangan di Jalan Lahar Kepar di sini, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad, berkata polis menerima maklumat kemalangan itu pada jam 12.30 tengah malam sebelum ke lokasi bagi melakukan siasatan.

Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan itu membabitka­n dua motosikal yang ditunggang­i pelajar masing-masing berusia 13 dan 14 tahun.

“Insiden berlaku apabila motosikal SYM ditunggang pelajar berusia 13 tahun datang dari arah Penaga menghala Kepala Batas dan ketika tiba di lokasi kejadian, cuba memotong sebuah kereta di hadapannya lalu memasuki laluan bertentang­an.

“Pada masa sama, sebuah motosikal ditunggang pelajar berusia 14 tahun datang dari arah bertentang­an menyebabka­n berlaku pertembung­an.

“Ekoran impak kemalangan itu, pelajar berusia 13 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala, manakala pelajar berusia 14 tahun cedera parah di kaki serta badan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Radzi berkata, kedua-dua motosikal yang ditunggang­i pelajar berkenaan adalah milik bapa mereka.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Di Nilai, seorang penunggang motosikal yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Persiaran Utama, di sini, maut selepas merempuh sebuah kereta, jam 7.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superinten­dan Mohd Fazley Ab Ghani, berkata ketika kejadian kereta dipandu seorang wanita dalam perjalanan dari Persiaran Perdana, menghala ke Stesen KTM Nilai.

“Nahas membabitka­n kereta dipandu wanita berusia 57 tahun bersama seorang penumpang wanita dengan sebuah motosikal ditunggang mangsa, Mohd Eddie Azhar Abdullah, 43 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kereta menghala ke KTM Nilai sedang bergerak terus ketika lampu isyarat di laluan berwarna hijau.

“Sebaik tiba di lokasi, secara tiba-tiba motosikal yang ditunggang mangsa dari arah kanan melanggar kereta berkenaan,” katanya semalam.

Mohd Fazley berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala pemandu dan penumpang kereta itu tidak cedera.

 ?? (Foto Media Sosial) ?? Keadaan kemalangan yang mengorbank­an pelajar Tingkatan Satu di Jalan Lahar Kepar, Kepala Batas.
(Foto Media Sosial) Keadaan kemalangan yang mengorbank­an pelajar Tingkatan Satu di Jalan Lahar Kepar, Kepala Batas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia