Berita Harian

Budak 5 tahun perlu RM80,000 rawat jantung

- Oleh Awatif Hasani bhnews@bh.com.my

Doktor kesan pernafasan laju sejak kecil, saluran ke dada kecil

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang mengalami masalah kesihatan jantung, memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM80,000 bagi menampung kos rawatannya.

Gan Yu Siang dikesan mengalami masalah kesihatan jantung sejak lahir di Hospital Klang yang mana doktor mendapati, dia bernafas dengan laju.

Bapanya, Gan Chin Yong, 32, berkata anaknya mengalami masalah jantung hingga menyebabka­n dia sukar bernafas seperti biasa.

“Penyakit Yu Siang adalah jenis sakit berperingk­at iaitu jantung berlubang menyebabka­n semua saluran ke dadanya kecil sekali gus kurang tahap oksigen yang diterima.

“Selain itu, penyakit ini juga menjadikan tumbesaran Yu Siang terbantut. Sehingga kini dia masih belum boleh bercakap dan berjalan dengan lancar, namun jika berjalan terlalu banyak dia boleh muntah,” katanya yang bekerja sebagai pembekal plastik bungkusan.

Katanya, masalah kesihatan dihadapi anaknya memberi tekanan dan kesedihan buatnya kerana Yu Siang adalah anak tunggal hasil empat tahun perkahwina­n.

“Pembedahan itu perlu dilakukan bagi menutup bahagian jantung berlubang dan bahagian paru–paru. Ini akan membantu Yu

Siang pulih dan lebih aktif menjalanka­n aktiviti harian.

“Saya berharap dan berterima kasih kepada orang ramai yang sudi menghulurk­an sumbangan bagi mampu membantu Yu Siang menjalanka­n kehidupan seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Justeru orang ramai boleh menyumbang kepada Yu Siang menerusi Tabung Kemanusiaa­n Media

PRIMA-NSTP melalui akaun Maybank 5141 0532 3170.

Sumbangan dengan hendaklah ditulis nama pesakit (Gan Yu Siang) di belakang cek dan dihantar ke Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita, No. 31, Jalan Riong, 51900, Bangsar, Kuala Lumpur.

 ?? (Foto Azhar Ramli /BH) ?? Chin Yong bersama isteri, Tee Guat Tho dan anak mereka Yu Siang yang mengalami masalah komplikasi jantung di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.
(Foto Azhar Ramli /BH) Chin Yong bersama isteri, Tee Guat Tho dan anak mereka Yu Siang yang mengalami masalah komplikasi jantung di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia