Berita Harian

Kelantan rancang bina takungan air kapasiti besar

- Oleh Hidayatida­yu Razali bhnews@nstp.com.my

Kerajaan negeri perlukan RM7B selesaikan masalah bekalan

Kota Bharu: Takungan air berkapasit­i besar akan dibina di Kelantan pada tahun ini sebagai sebahagian usaha menyelesai­kan masalah bekalan air yang berlaku di seluruh negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, takungan berkenaan akan dibina di satu lokasi yang sudah dikenal pasti di Machang menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang sudah dipersetuj­ui Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA).

Beliau berkata, cadangan pembinaan takungan air itu sebenarnya sudah dibincangk­an sejak dua tahun lalu antara kerajaan negeri dengan KASA dan ia pada dasarnya sudah dipersetuj­ui.

“KASA akan mengumumka­n jumlah peruntukan pada masa terdekat dan kementeria­n sama akan melantik kontraktor bagi pembinaan takungan air terbabit.

“Projek ini juga adalah antara usaha kerajaan negeri untuk menyelesai­kan masalah air yang berlaku di Kelantan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya selepas Mesyuarat EXCO di Kota

Timbalan Menteri Besar Kelantan

Darulnaim, semalam.

Mengulas lanjut, katanya, air di Kelantan termasuk air bawah tanah, hujan dan sungai sebenarnya melebihi keperluan, namun tidak ada tempat untuk menyimpan bekalan itu.

Justeru, dengan adanya takungan itu, maka ia dapat menyimpan bekalan air negeri ini yang banyak.

Mengulas masalah air negeri, Mohd Amar berkata, Kelantan memerlukan sekitar RM7 bilion yang mana ia, termasuk kos untuk pembinaan loji baharu dan penukaran paip pecah.

“Kos penukaran paip adalah besar dan kos RM7 bilion (yang diperlukan) itu tidak besar. Misalnya Perlis yang memerlukan RM3 bilion untuk menyelesai­kan masalah air, sedangkan negeri itu (Perlis) ini kecil berbanding Kuala Krai yang lagi besar tiga kali ganda.

“Jadi, tidak pelik kalau Kelantan memerlukan RM7 bilion untuk selesaikan masalah air.

Macam saya sebut Kelantan perlu menukar sistem paip lama membabitka­n jarak 5,000 kilometer. Kalau kita naik kapal terbang, kita sudah sampai ke Dubai.

“Projek tukar paip ini memakan masa agak lama, bukannya dalam masa satu hari. Orang awam ini tidak faham isu (selesai masalah air dengan cepat),” katanya.

Mengenai dakwaan air keruh, beliau berkata, Kelantan mengambil air bawah tanah dan bukannya air sungai dan pada dasarnya ia bersih, namun warna kekuningan atau keruh disebabkan kandungan besi tinggi yang bertindak balas dengan klorin.

Dalam perkembang­an berasingan, Mohd Amar menegaskan masalah air Kelantan yang tidak selesai disebabkan UMNO yang membatalka­n projek Bekalan Air Kelantan Utara (BAKU) bernilai RM600 juta pada 1990 yang sudah diluluskan Kerajaan Pusat.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia