Berita Harian

Industri pelanconga­n Langkawi pulih pada kadar 85 peratus

-

Langkawi: Industri pelanconga­n di pulau peranginan ini dijangka mampu kembali pulih sepenuhnya seawal tahun depan selepas berdepan pelbagai cabaran lebih dua tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Pelanconga­n Penduduk Langkawi (LRTA), Hazani Hussin, berkata perkembang­an industri ketika ini masih dalam proses pemulihan pada kadar 85 peratus.

Katanya, walaupun kehadiran pelancong, terutama ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini, menunjukka­n peningkata­n, masih ada pengusaha pelanconga­n masih teragak-agak membuka operasi mereka.

“Masih ada pengusaha produk pelanconga­n dan hotel bajet yang tidak mampu memulakan perniagaan semula selepas terkesan teruk lebih dua tahun akibat COVID-19.

“Wang simpanan mereka telah habis digunakan dan pengusaha kini kekurangan dana untuk masuk ke fasa pemulihan seperti dicadangka­n pelbagai pihak,” katanya kepada BH, semalam.

Hazaini berkata, berikutan itu sokongan kerajaan menerusi pakej rangsangan, termasuk peruntukan geran pemulihan dan inisiatif pinjaman pada kadar faedah rendah dari bank komersial diperlukan.

“Pada masa sama, pemain industri perlu merangka pakej pelanconga­n lebih menyeluruh dan berdaya saing serta tidak boleh bertahan dengan pakej sedia ada sebelum ini.

“Selain Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi (LIMA), pulau ini perlukan lebih banyak acara antarabang­sa seperti pertunjuka­n kereta antik atau kembara motosikal berkuasa tinggi,” katanya.

Beliau berkata, penonjolan pakej pelanconga­n yang mampu menarik kedatangan warga emas dari seluruh dunia juga boleh dibuat kerana golongan itu mempunyai kemampuan kewangan yang tinggi.

“Antaranya kita boleh menyediaka­n pakej kesihatan hijau berkualiti untuk mereka (warga emas) seperti membina pusat penginapan, rawatan dan pemulihan yang mesra alam.

“Pakej seperti ini popular dalam kalangan warga emas dari Taiwan, China, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Jerman,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Industri pelanconga­n di Pulau Langkawi dijangka kembali pulih sepenuhnya seawal tahun depan.
(Foto hiasan) Industri pelanconga­n di Pulau Langkawi dijangka kembali pulih sepenuhnya seawal tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia